DOKTOR AHLI NERAKA

7:30 AM


Dah lama gila rasanya blog ni tak di update. Tapi disebabkan ada perkara penting nak di-highlight-kan, terpaksa bergigih menulis ditengah malam ni.

Ok, pertama sekali Abang terpaksa warning sikit. What you will be reading next will be FULL OF SARCASM. Maksudnya, kalau lurus bendul boleh berhenti baca disini. Tak payah susah - susah scroll bawah. Nanti korang yang sentap.

OK. Done.
Yang tinggal semua yang faham sarcasm kan?

Let me bring your attention to this particular post by Sayyid Pendita Wan Zul.

Amboi - amboi, senang -senang kau yang jaga pintu Syurga ye. Senang -senang je FITNAH segala usaha murni doktor dan anggota kesihatan untuk merawat pesakit ye.

Tapi, if we look at the bright side, sebenarnya lagi bagus kalau orang begini ramai di Malaysia. OK, this is where the sarcasm gets really heavy.
Sebenarnya, saya sokong jika lebih ramai individu seperti Sayyid Pendita Wan Zul muncul. 

Kenapa?

Sebabnya, kalau ramai yang macam ni, akan berkuranglah beban terhadap sistem kesihatan kita. 
Banyak Klnik Kesihatan dan Hospital yang akan tutup. Staf kesihatan boleh focus kepada hospital - hospital dan klnik berpakar dan berikan yang terbaik kepada golongan yang betul - betul perlukan dan mahukan bantuan perubatan dan kesihatan.

Jom kita tengok kos rawatan untuk pesakit yang kena serangan jantung.

Dari mula pesakit datang ke Hospital dah menggunakan kos.

Kertas ECG dah berapa Ringgit? Kena buat serial ECG pula tu. 
Bila dah masuk Zon Merah, rawatan pantas perlu diberikan.

GTN (if indicated).
Aspirin.
Morphine.
Oxygen.

Semuanya kos.

Dan jika pesakit hadir within time frame untuk Percutaneous Coronary Intervention (PCI), sudah tentu cardiologist akan proceed terus.  Prosedur PCI bukannya murah. Kalau di Hospital Swasta, dah berpuluh ribu Ringgit.

Semua ini orang tak nampak, tapi itu semua adalah kos. Semuanya adalah dari DUIT RAKYAT. 
Tapi untuk Pendita Wan Zul, tak perlu semua ini. Kalau kena serangan jantung, boleh biarkan saja kot dia mencari rawatan lain. Bahaya wooo. Anggota kesihatan ni dah la tak suci, ahli neraka pula tu. Mana boleh sentuh orang macam Pendita ni.
Senang kan? Tak payah pakai duit rakyat.

Cadangan yang bernas adalah untuk individu seperti ini untuk membawa kad istimewa untuk dibawa ke mana jua. Tulis besar - besar dekat kad tersebut:

"SAYA TAK MAHU TANGAN DOKTOR YANG TAK SUCI DAN HINA DARI MERAWAT SAYA"

Senang orang keliling tahu nak buat apa.
Tak payah panggil ambulans. Tak payah bawa ke hospital. Tanya saja pada beliau nak buat apa....jika beliau sedar lah. 

Tapi, in real life tak boleh la buat macam ni.

Sebanyak mana seseorang itu mencaci, menghina dan meludah ke muka para doktor, kami tak boleh abaikan tanggungjawab kami untuk save lives. Walaupun dipukul, kami terpaksa juga memberikan rawatan yang terbaik.

Perasaan kami, belakang kira. Walaupun hati terguris dan menyimpan dendam, seorang doktor harus memberi rawatan yang terbaik. Itulah seorang doktor.

Lantaklah orang kata kami Ahli Neraka. 
Niat kami adalah supaya ilmu perubatan yang kami tuntut dapat digunakan untuk kebaikan ummah. Kami hanya mampu berdoa agar apa yang kami lakukan diberikan ganjaran setimpat di akhirat kelak.



You Might Also Like

1 comments

  1. Hmm.. Betul jugak.
    Then duit2 rakyat tu boleh digunakan untuk ahli-ahli neraka lain yang telah dinerakakan oleh Pendita itu.

    - MO jgk. Frust jgk.

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook