Apa benda dekat hidung tu?

4:21 AM

SpO2 sensor

ECG leads
Dua gambar diatas menunjukkan peralatan yang paling penting di hospital.

Gambar pertama adalah SpO2 sensor untuk diletakkan dihujung jari pesakit. Ia dapat mengukur tahap kepekatan oksigen (oxygen saturation) dan kadar denyutan nadi (pulse). Apabila dilihat reka bentuk alat ini, secara intuition seorang akan letakkan ia dihujung jari. Bentuk dah cantik dah.

Gambar kedua pula adalah ECG chest leads. Ia diletakkan diatas dada untuk melihat konduksi elektrik jantung. Ia amat penting untuk membuat diagnosis serangan jantung. Ia terdiri daripada wayar wayar yang berselerak (biasanya akan ada 6 leads) dan pelekat yang akan melekatkan leads ke dada. Kalau dapat dada yang berbulu macam gambar ni, memang seksa la nak buat ECG. Huhu.

Alangkah terkejut beruknya apabila Abam lihat siaran drama di kaca TV yang macam ni ha!

Houseman mana buat kerja ni!

Omaigod! Houseman mana yang buat kerja macam ni?! Habaq mai sikit!
Memang la kita boleh nafas ikut hidung, tapi bukan macam tu cara nak dapatkan bacaan SpO2 weh! Tak muat pun dekat hidung tu, terutamanya jika hidung tak berapa nak mancung. Yang ECG leads kuning dekat pipi tu dah kenapa? Nak jadi Pokemon ke? Hukaloh.

Patut la Oxygen Mask tu letak kat tepi je. Tak muat bang nak letak dekat hidung dan mulut. 

Adoila.

Harap - harap lepas ni kalau ada adegan di hospital, dapatkan lah bantuan daripada staff kat situ. Kalau kedekut sangat tak bajet nak bayar consultation fee belanja makan pun jadi la. Bak kata budak Uchuxx Ravers, "Atlis terai your best!".

***UPDATE: Rasanya ini memang cerita lawak kot. Troll tahap Gaban punya.


You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook