Tanda - tanda MLM Scammer

10:08 PM

“Sampai bila awak nak makan gaji? Sampai bila nak kerja dengan orang? Awak tak nak financial freedom ke? Boleh bawa ibu bapa pergi umrah SETIAP tahun. Bercuti ke luar negara BILA BILA awak mahu!”



Ayat mesti gempak kan? Nak tarik perhatian orang.

“Berapa sangat gaji awak tu? Tengok saya ni. Pandu kereta idaman saya; NIssan GTR. Rumah dah tiga, empat biji. Macam mana saya dapat semua ni? Semestinya melalui bisnes saya!”

Siapa tak tertarik dengan lifestyle macam ni kan?

Tambah - tambah lagi Housemen yang baru nak up. 
Baru beberapa bulan merasa dapat gaji. 
Hari - hari kerja. 
Hari - hari melayan kerenah pesakit dan doktor - doktor yang lebih senior. 
Work life balance, jangan harap lah. 
Nak kumpul duit melancong ke luar negara, entah sampai bila boleh kumpul. 
Nak beli kereta pun yang ‘biasa - biasa’ sahaja. Paling ‘power’ pun, Honda Civic. Nak capai impian miliki Nissan GTR tu, entah bila. 



This is exactly the reason why HO selalu kena target oleh makhluk - makhluk MLM (multiple level marketing). Tak dinafikan, ada MLM yang betul - betul clean and legitimate. Syarikat memang sekadar jual produk terus kepada ahli. Walaubagaimanapun, kebanyakan syarikat MLM membuat untung hanya melalui head hunting. Untung besar hanya akan diperoleh apabila mendapatkan downline. Untuk ahli baru joinT, perlu bayar sampai beribu riban. Sebahagian besar ribu - riban itu akan dapat ke upline dan syarikat MLM. 



Kononnya kos yang dibayar adalah sebagai modal bisnes. Modal untuk produk yang harus dijual. Produk yang dijual pula, produk pelik - pelik. Produk kurus pakai korset la. Produk kesihatan la. Produk yang penuh dengan pseudoscience yang tak terbukti keberkesanannya. Bila nak push untuk jual produk, mulalah menipu bukan - bukan dengan overclaim. Jika ahli tak dapat jual stok yang ada, ahli junior ni yang dipersalahkan sebab tak update ‘sales skill’. Padahal bukan salah ahli, tapi produk syarikat yang mengeluarkan produk yang tak munasabah.

Panjang la pula membebel. Tapi takpe, let me make it simple. 
Saya senaraikan TANDA - TANDA MLM SCAMMER yang anda, terutamanya penjawat awam harus berhati - hati dan watch out for.

1. Message - message ayat berbunga:
“Bro, dah lama tak jumpa. Jom lepak makan malam ni.” - Anda dapat WhatsApp dari member lama yang selama ni tak pernah tanya khabar, tiba - tiba muncul. Jaga  jaga lah.
“Bro, aku nak pergi holiday dekat Korea. Aku nak cari gang nak pergi ni. Jom jumpa sat.” - Haa, dia nak ajak pergi holiday sama - sama ke Korea la tu. Tapi ‘catch’ dia, anda kena la joinT MLM dia.

2. Tayang menayang.
Kerja mereka hanya tayang kekayaan je. Tunjuk wang Ringgit berkepuk - keupuk, Tunjuk dia bawa kereta mewah. Melancong ke sana - sini. Makan di tempat - tempat mahal. Tapi satu je dia tak nak tunjuk…Dia takkan tunjuk bayaran cukai pendapatan dia. Gang - gang ni liat sangat nak bayar cukai. Patut kena kejar dek LHDN.



3. Selain dari kekayaan, gang ni suka tunjukkan pangkat.
Entah dari mana, tiba -tiba dia dapat pangkat Datuk dari Sultan Melaka. Belajar tak tinggi dan dalam kelas banyak ponteng, tiba -tiba pula dapat PhD. Yang graduan perubatan tapi tak habis housemanship sebab joinT MLM, akan beriya -riya tayang title ‘doktor’ dan tangkap gambar pakai whitecoat dan stethoscope. Dekat profile pula, letak tempat bekerja sebagai hospital yang terkenal. Perghhh….APC pun tak dapat, nak kerja hospital besar.

4. Bila sembang, mereka akan condemn pekerja kerajaan ‘kaw - kaw’.
Macam ayat kat atas tu. “Sampai bila kau nak kerja jadi hamba orang?!”. Tapi bila nak suruh buat loan untuk joinT MLM, penjawat awam la paling hebat sebab senang dapat loan bank. Tambah - tambah Bank Rakyat, harini apply, semalam dah dapat. 

Empat ni cukup dulu kot. Kalau ada nak tambah, nanti boleh letakkan di ruang komen.

Untuk rakan - rakan penjawat awam, terutamanya Housemen sekalian, mohon jangan terpedaya dengan keindahan bisnes MLM. Jangan terlalu mudah untuk percaya dengan kata - kata indah mereka. Jika sesuatu bisnes itu bagus, ia tidak akan meggunakan kaedah mencari downline semata - mata. Bisnes yang bagus akan focus kepada produk dan unique selling points (USP). 

Daripada anda menghabiskan wang untuk joinT MLM, lebih baik anda melabur pada pelaburan - pelaburan yang diiktiraf Bank Negara Malaysia. 
1. ASB
2. Unit trust
3. Tabung Haji
4. REITs (real estate investment trust)
5. Bursa Malaysia
6. Hartanah



Jangan terperangkap dengan janji - janji manis scammers.

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook