Jangan Jual Keropok Plastik Makcik!

7:57 AM


"Makcik, tolong jangan jual ni, ni plastik. Plastik. Keropok lekor boleh terbakar macam gini ke?"
"Baik jangan jual lah. Kesihatan. Ni plastik!"
"Ni plastik, bau pun dah tahu."

Selambe betul mamat ni tuduh makcik tu jual KEROPOK PLASTIK. Power sangat sampai boleh buat eksperimen dekat pasar malam je.

Korang dah tengok tak video ni? Somehow, saya tak dapat nak download full video dari Facebook. Korang pandai - pandai lah cari tengok 'kebijaksanaan' mamat ni.

This BURNING PLASTIC MYTH has taken a different level. Sangat - sangat damaging!


Kalau ikut mitos yang tersebar di media sosial (WhatsApp dan Facebook), cara nak kesan samada sesuatu makanan mengandungi plastik adalah dengan membakar makanan tersebut. Kalau ada api, CONFIRM makanan itu mengandungi plastik yang membahayakan kesihatan. Inilah mitos yang orang kita percaya sangat. Suruh cari sumber yang sahih tak nak. Nak juga belajar dari sumber yang bodoh.

Pembakaran berlaku bukan sebab sesuatu bahan itu mengandungi plastik ke tak. Tetapi pembebasan tenaga akibat suhu yang tinggi. Cuba fahami dengan melihat eksperimen mengira kalori makanan ini.



Jangan la bingai sangat percaya bukan bukan dan confident je pergi fitnah orang.
Awak tu risaukan pasal plastik dalam makanan, tapi dalam video tu nampak ada kotak rokok. Mana datang lighter kalau bukan untuk light rokok. Rokok tu tak bahaya pula ye? Adoi la. Hipokrit sangat ni.

MOfrust

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook