Kelapa dan limau rawat stroke?

2:18 AM

Bayangkan kau tengah lepak dekat warung dan nampak seorang pakcik ni tiba - tiba rebah. Anggota badan kirinya nampak lemah, langsung tidak dapat digerakkan. Mukanya kelihatan herot dan tidak dapat bercakap.

Dalam kepala kau mesti ingat - “Ini mesti stroke ni”

Tapi dalam kepala kau juga ada terbaca tips orang kongsi di Facebook dengan tajuk “Sekadar kongsi ilmu”. Gambar profile pula orang berniqab. ‘Ilmu’ tu pun dah dikongsi sebanyak 2000 kali. Sudah tentu ilmu dikongsi PROVEN legit kan? Takkan la ilmu tipu.



Kalau ikutkan petua yang diberi, kau harus cari KELAPA dan LIMAU untuk diberi kepada mangsa stroke tadi.


Disebabkan warung tadi tiada jual air kelapa, maka kau pun panjat la pokok kelapa macam beruk Mat Yeh. Dah panjat dan dapat kelapa sebiji, kau paw air limau dari warung tadi dan bagi kepada mangsa stroke tadi.



Kalau ikutkan perkongsian ‘ilmu’ tadi, kena bagi Air Limau dan Kelapa sampai buncit perut. DAH BUNCIT BARU PERGI KLINIK KAU TAK?!

******************

Tolong la. Jangan buat macam ni pada mangsa stroke. Kesian dia. Dah la kena serangan stroke, kau paksa lagi mangsa minum air limau + kelapa sampai buncit. Mangsa stroke ni, ‘gag reflex’ dia tiada. Kalau kau tuang air dalam mulut dia sampai buncit, air tadi akan masuk dalam paru - paru. Kalau dapat aspiration pneumonia macam mana? Habis la paru - paru kena masuk kuman. Elok - elok boleh selamat, kena masuk ICU pula.

Rawatan untuk stroke adalah ‘time sensitive’. Lebih awal pesakit di hantar ke hospital, lebih tinggi peluang untuk pulih. Ada rawatan yang dipanggil reperfusion therapy. Ada golden period dia. Kalau dah nak panjat pokok kelapa dan cari buah limau bagai, tak ke buang masa namanya.

 Orang putih cakap “The faster you act, the more of a person you save”. Bukannya “the faster you share non sense information, the more of an idiot you become.”

Bila kau dengar stroke boleh rawat pakai air kelapa dan limau.


MOfrust


You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook