CPG on MC-litis

7:12 PM

Selepas hampir 10 minit berhempas pulas memikirkan masalah dunia, akhirnya terhasillah buku panduan MC pertama di dunia yang boleh mencalonkan saya untuk Anugerah Nobel. Inilah dia panduan yang dinanti - nantikan.


COST-EFFECTIVE PRACTICAL GUIDELINES on MC-litis



*Panduan ini menggunakan evidence level grade F. Maksudnya fail. Pakai tibai je panduan ini.
**Panduan ini hanya untuk 'rawatan' MC-seekers. Kalau pesakit tu dah memang demam dan penilaian menunjukkan beliau 'not fit for work', jangan  la kejam sangat bagi time slip je.


Saya akan senaraikan taktik - taktik MC seeker dan cara untuk 'merawat' atau management.

1. MAJIKAN SURUH AMBIL MC

"Saya dah call boss tadi. Dia yang suruh ambil MC."

Management:
Minta 'pesakit' nombor telefon majikan dan telefon sendiri. Jangan lupa semak atau Google nama syarikat majikannya supaya 'pesakit' tak boleh tipu.

2. SAKIT PERUT, CIRIT BIRIT

"Saya dah cirit cirit dan muntah 20 kali doktor. Tak larat nak kerja."

Kalau ikutkan penerangan pesakit, mau 5 liter air keluar dari badan kot.
Tapi tekanan darah OK, degupan jantung normal, hydration pun OK je. Siap ada bau minyak wangi dan pakai make up tebal. Takkan AGE with dehydration kot.

Management
Senang sahaja nak confirm. Berikan botol specimen yang ada scoop untuk isikan najis. Minta dia ke tandas untuk ambil sampel dan hantar ke makmal. Kalau dah cirit sampai 20 kali sehari, kita pun risau. Mana tau ada dysentry ke. Kena check betul - betul. 
Kalau MC seeker, dia akan buang botol tu dan terus menghilang. Ubat tak ambil pun.

3. SAKIT KEPALA 

"Saya sakit kepala sangat ni doktor. Tak boleh buat kerja ni."

Tapi, baju stylo milo hipster nak mampus. Perfume CK One boleh bau dari tempat letak kereta lagi. Udah macam nak keluar pergi shopping. Siap ada awek bertudung lipat lipat Duck scarf teman dekat luar. Pergi kerja tak boleh, tapi tengok wayang boleh?

Management
Jenis macam ni susah sikit nak detect. Tengok BP dan pulse rate. Kalau abit on the high side, mungkin memang ada sakit kepala. Jika semua ok, berikan trial of analgesic INTRAMUSCULAR. Inject dulu dan review balik pain score macam mana. Kalau MC seeker, dengar cucuk je dia akan mula berikan berbagai alasan tak nak cucuk. Say bye bye sahaja lepas tu, bagi panadol sepapan.


4. DIRECT TO THE POINT

Masuk dalam bilik, terus duduk atas kerusi.

"Doktor, saya nak MC."

Syabas inspector sahab. You have balls. Semangat kental anda harus dipuji.
Tapi sila channel kan semangat kental anda ke tugas hakiki anda.

Management
Bagi je la time slip suruh rehat dua tiga jam dekat rumah. Boleh juga layan movie sedas kan? Jangan buang masa pesakit lain yang berpuluh puluh orang tunggu di luar.

Rasanya ada banyak lagi ni. Tapi dah penat. Nak kena attend meeting ni.
Kalau rasa nak beri input boleh berikan komen di Facebook Page MOfrust


You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook