Panduan Serangan Strok
8:22 AM
“CEPAT, CEPAT, CEPAT. Aku rasa Ayah kena strok ni.
Nak buat apa ni? Nak buat apa?!”
Jangan panik. Bawa bertenang. Rewind balik.
Mula – mula, kena kenal dahulu apa itu STROK. Ada
berbagai terma yang digunakan untuk merujuk kepada strok; angin ahmar, stroke, dan cerebrovascular accident (CVA).
Apa sebenarnya penyakit ini?
Strok adalah keadaan dimana bekalan darah ke otak
terganggu. Ia mengakibatkan bekalan oksigen dan nutrien tidak sampai ke
bahagian otak yang terlibat dan sel otak tersebut akan mati. Ada dua sebab
utama bekalan boleh terganggu:
1. Saluran
darah tersumbat (ischemic stroke).
2. Pendarahan
dari salur darah yang pecah (hemorrhagic
stroke).
Bahaya tak?
Sudah tentu ia bahaya. Strok merupakan penyebab
kematian ketiga tertinggi di Malaysia (penyebab utama adalah serangan jantung).
Bagi pesakit yang berjaya diselamatkan, kesan utama strok adalah lumpuh. Dianggarkan hampir 40,000 rakyat Malaysia
diserang strok setiap tahun. Risiko untuk mendapat serangan strok lebih tinggi
dikalangan pesakit kencing manis, darah tinggi, tahap kolestrol tinggi dan
perokok tegar. Walaubagaiamapun, serangan strok tidak terbatas oleh umur.
Sesiapa sahaja boleh diserang strok.
Oleh sebab itu, anda kena ingat nemonic ini: C-E-P-A-T.
Nak cepat sangat kan? Hah, nah ingat ni!
C – Cakap
Adakah
pesakit boleh bercakap sepeti biasa. Kalau orang putih panggil slurred speech, orang Melayu panggil
cakap telo. Basically, bunyi lain
lah. Ataupun, pesakit langsung tidak dapat bertutur.
E – Ekspresi
Lihat
muka pesakit. Nampak lain tak? Senget sebelah tak? Ada tak nampak air liur
mengalir keluar dari sebelah bibir? Ini adalah tanda – tanda strok.
P – Perasaan kebas
Pesakit
akan ada rasa kebas – kebas di sebelah badan. Kaki, tangan dan muka.
Walaubagaimanapun, pesakit mungkin tidak dapat memberitahu akibat hilang
keupayaan untuk bercakap.
A – Angkat tangan
Seseorang
yang diserang strok akan lumpuh separuh badan. Jadi, pesakit tidak mampu untuk
mengangkat tangan atau kakinya pada satu belah.
T – Telefon
Jangan
tunggu. Jangan buat benda pelik seperti mencucuk cucuk hujung jari pesakit
dengan jarum untuk buang ‘ketulan darah’. Itu mitos (boleh baca mitos disini). Angkat sahaja telefon dan
terus hubungi 999 untuk dapatkan ambulans. Jangan tunggu lagi. Rawatan awal
boleh mengelakkan komplikasi strok dan boleh memberi pesakit peluang yang lebih
tinggi untuk pulih sepenuhnya.
![]() |
Imej dari Doc2us |
Susah sangat nak ingat C-E-P-A-T?
Cuba ingat versi Bahasa Inggeris pula. Ia lebih
mudah untuk dihafal.
F – A – S – T
Face: Muka
herot atau senget sebelah.
Arms: Tangan
tidak boleh digerakkan.
Speech: Tidak
boleh bercakap atau telo.
Time: Masa
untuk bertindak dan bawa terus ke hospital.
Sebenarnya, komponen ‘time’ ini amat penting. Kenapa?
Kerana terdapat beberapa hospital di negara ini yang
mempunyai rawatan reperfusion therapy dimana
salur darah yang tersumbat boleh dinyahsumbat dan mengelakkan lebih banyak sel
otak yang mati. Golden period untuk
rawatan ini hanya 4 hingga 5 jam sahaja dari waktu serangan pertama (first onset of symptoms).
Walaubagaimanapun, bukan semua pesakit sesuai untuk
kaedah rawatan ini. Doktor akan menilai pesakit dahulu sebelum memulakan
rawatan.
Boleh ingat tak apa nak buat?
![]() |
Kempen dari National Health Services UK |
CEPAT atau FAST. Ingat tau.
“The faster you act, the more of a person you save.”
1 comments
It is very informative post. it is compulsory for all to have little awareness about the disease its cause and its precautions. Thank you for sharing this valuable information for the benefit of the human beings.
ReplyDelete