GEMPAR: Sel kanser takut emas dan bawang putih

6:30 AM


Kejap je benda pelik - pelik boleh tular di media sosial kan? Kali ni, di WhatsApp pula. Mungkin tak sempat pakai fungsi delete terbaru kot. Pakai share je, lupa pula nak semak ia fakta atau auta.

Mari kita bedah WhatsApp ini:
1. Sel kanser yang telah dibedah dari seorang wanita.
2. Sel kanser takut dengan bawang putih dan menjauhkan diri.
3. Sel kanser 'sayang' emas sehingga mendekati emas.
4. Zat emas keluar ikut darah haid 'pompuan'.

Oh, untuk lebih gempak haruslah diletakkan bacaan Al Quran sekali. Dah tengok ke video ini? Meh tengok di sini. Saya telah padam bunyi latar belakang untuk menjaga sensitiviti masyarakat.





Gerun kan? Macam hidup pula sel tu.

Kegilaan apakah ini?
Sel kanser bukan boleh lihat semudah itu. Bentuknya bukanlah seperti dodol. Sel kanser tidak boleh 'hidup' diluar badan. Ini mesti gemar menonton filem Spiderman 3 yang ada The Venom kan? Power betul imaginasi.

Lagi satu yang paling tak tahan adalah teori supaya wanita jangan pakai emas sebab ia akan 'mesra' sel kanser. Korang tak nampak ke ini mainan Rockefellar? Saja je penjahat Zionis tak nak umat Malaysia tidak menguasai emas. Apabila emas tidak lagi dipakai oleh orang Malaysia, segala emas tersebut akan dikumpul di dalam pintu ajaib rahsia Rockfellar.

Maka habis lah rakyat Malaysia papa kedana. Yang ada hanyalah duit Fiat yang amat mudah Rockefellar Zionis memanipulasi.



Sebelum saya lupa, haruslah saya letak hashtag #sarcasm.

Tolong la jangan tertipu. Kalau percaya juga, sila hantarkan emas yang bertingkat - tingkat kepada saya. Jangan risau, saya takkan pakai. Haram kan. Saya akan simpan saja. Buat aset. Big Pharma lambat sangat bayar commission 'ubat kimia penjahanam umat' kepada saya. Bak mai sikit emas tu.

MOfrust

You Might Also Like

9 comments

  1. Bagi la komen kenapa benda tu jadi magic sampai bergerak2 spt mcm ada remote control atau ada magnet? Nak citer rockfeller la bagai buat pe?

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155067631451659&id=679746658

      Delete
    2. BAWANG PUTIH dan KANSER
      .
      Hampir semua media sosial kongsi video berkenaan kononnya sel kanser melarikan diri apabila disua bawang putih. Menghairankan pula apabila disua emas, sel kanser tersebut bergerak minat. Maka ramai yang takjub, lantas bawang putih adalah ubat paling hebat melawan kanser. Manakala sesiapa yang memakai emas boleh menyebabkan kanser semakin teruk.
      .
      Betul ke?
      .
      Saya teliti sebaran tersebut dalam kebanyakan media sosial, versi bahasa inggeris dan versi bahasa melayu. Biasanya versi bahasa melayu itu terjemahan dari versi asal bahasa inggeris.
      .
      Sebagai ahli perubatan, saya akan soal kembali, apa signifikan ujikaji bawang putih dan cincin emas? So what?
      .
      Adakah jika doktor akan suakan bawang putih kepada pesakit yang ada ketulan kanser,kanser tersebut bergerak? Contohnya kanser payudara, apabila disuakan bawang putih, ketulan kanser itu akan bergerak menjauhi dari rongga dada ke tengkuk, ke kerongkong seterusnya keluar ikut mulut? Kemudian pesakit sembuh dari kanser? Tidak sesekali. Rawatan kanser adalah pembedahan dan kimoterapi.
      .
      Rupa-rupanya sel yang dikatakan sebagai sel kanser itu bohong. Ia sejenis logam yang direka khas. Mempunyai kuasa magnetik yang tinggi. Lihat magik dalam paparan video berikut https://youtu.be/ZXJuJQVrgbI.[1] Kemungkinan pergerakan "sel kanser" tersebut adalah diaruh melalui besi yang digerakkan di bawah meja ujikaji.
      .
      Dari sudut perubatan, adakah bawang putih boleh mencegah kanser atau merawat kanser? Laman web rasmi cancer.gov telah menulis mengenai laporan kaitan antara bawang putih dan pencegahan kanser. Hasil laporan kajian yang mereka jalankan adalah:
      i) Kebanyakan kajian saintifik perubatan mempuyai had tertentu, seperti jumlah sampel kajian yang kecil, ketidak-tepatan dos dan frekuensi pelbagai bawang putih yang digunakan.
      ii) Kajian menggunakan bawang putih yang tidak standard dalam sesatu masa menyebabkan tidak boleh membandingkan secara tepat keberkesanannya.
      iii) Kesimpulan keseluruhan kajian mendapati terlalu amat sukar untuk mengaitkan bawang putih boleh mencegah kanser.[2]
      iv) Tidak dinafikan bawang putih mempunyai khasiat tertentu seperti anti-oksidan. Tetapi anti-oksida bukannya anti kanser. Jauh sekali ianya bahan untuk merawat kanser.
      .
      Video tersebut juga memaparkan "sel kanser" mesra dengan emas. Nasihat saya kepada wanita yang memakai emas, pakailah semahunya. Tidak sesekali emas yang dipakai itu boleh menyebabkan kanser atau sel kanser yang sedia ada itu merebak. Tidak boleh dikaitkan sesekali kanser dengan pemakaian emas di badan manusia. Malah tidak pernah dibuktikan pun.
      .
      Suhazeli Abdullah
      Fb.com/drsuhazeli
      .
      7.11.2017
      Kg Langgar

      Pautan
      [1] Watch Discovery channel: Street magic. https://youtu.be/ZXJuJQVrgbI
      [2] Laporan cancer.gov bawang putih dan kanser. https://www.cancer.gov/about-cancer/causes-prevention/risk/diet/garlic-fact-sheet

      P/S : Jika tak mahu pakai dah emas, PM tepi kepada saya...boleh derma kepada mangsa banjir Penang dan Kedah leni.

      Delete
    3. Video tu dh Betul dah... Tulisan doktor Tu he yg nampak lawak Sikit...tak Kan semua wanita Islam kena kanser kot.. ckp Tu biar lh logik sikit...

      Delete
    4. Video tu dh Betul dah... Tulisan doktor Tu he yg nampak lawak Sikit...tak Kan semua wanita Islam kena kanser kot.. ckp Tu biar lh logik sikit...

      Delete
  2. Macam ni senang...buat apa sibuk2 chemo semua...pakai bawang aja.tebuk sket...sedut pakai bawang

    ReplyDelete
  3. Thabk God I found this blog. Memang I cant stand benda2 hoax macam ni..I just could say this is jut ridiculousmm tapi takde knowledge nak refute. Can I share this and doc's comment kat atas ni.. i will give proper credit.

    ReplyDelete
  4. Katanya magnetic putty

    https://www.youtube.com/watch?v=OmMuGr0UFbs

    Kisah lak aku dgn benda2 karut ni

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook