Apa nak buat kalau sawan?
7:17 AM
ADEGAN DALAM SEBUAH DRAMA TEMPATAN.
“Eh, dia sawan ni.
Tolong – tolong!”
Watak yang sedang sawan adalah seorang yang kemungkinanan
besar mengalami kecederaan di kepala. Macam mana saya tahu? Sebab kepala dia
kena balut. Terbaring pula diatas sofa.
“Cepat…cepat. Ambil
sudu letak dalam mulut dia. Nanti dia tergigit lidah.”
Sambil mangsa masih dalam keadaan sawan dan berbuih – buih
mulut, seorang wanita meletakkan sudu ke dalam mulut mangsa.
“Haaa, bagi dia gigit
ni. Gigit!”
Dan begitulah keadaan sehingga mangsa henti sawan.
Yang paling tak tahan, rupa – rupanya wanita tadi adalah
seorang doktor. Macam mana saya tahu dia doktor? Sebab dia cakap pada salah
seorang lagi watak; “You doktor ke I
doktor?!”.
Aduhai. Susah la kalau doktor pun rawat pesakit sawan macam
ni.
Disebabkan ini hanya lakonan semata – mata, maka ia boleh
dimaafkan. Tapi, berapa kali dah nak dimaafkan. Asyik berulang sahaja.
SAWAN?
1. Pertama sekali, apa itu sawan?
Sawan adalah disebabkan oleh aktiviti neuron – neuron di
otak yang tidak terkawal. Ia adalah gejala (symptom) kepada sesuatu penyakit.
Dalam erti kata lain, sawan bukan sejenis penyakit, tetapi ia adalah tanda
kepada sesuatu penyakit. Ada berbagai jenis penyakit yang boleh menyebabkan
sawan.
Contohnya; meningitis, angin ahmar, epilepsi dan kecederaan kepala. Ia bukan sesuatu yang
normal dan pesakit harus mendapatkan rawatan di pusat kesihatan.
![]() |
Gambar dari Drugs.com |
2. Bagaimana hendak kenal pasti sawan?
Biasanya tanda – tanda sawan adalah:
i. Tidak sedarkan diri (unconscious)
ii. Pergerak otot yang mengejang (tonic/contract)
dan mengendur (clonic/relax) dengan pantas.
iii. Mata memandang ke atas (eyes rolled upwards).
iv. Tiada kawalan pundi kencing (urinary
incontinence).
v. Tiada kawalan menahan najis (fecal incontinence).
Bukan semua tanda – tanda di atas akan dilihat ketika sawan
berlaku. Terdapat banyak jenis sawan menurut klasifikasi tertentu. Untuk orang
awam, cukup untuk anda kenal pasti tanda –tanda asas seperti diatas.
![]() |
Gambar dari A.D.A.M |
APA NAK BUAT KALAU BERTEMU MANGSA SAWAN?
1. BAHAYA (DANGER).
Pastikan keadaan sekeliling mangsa selamat
sebelum anda membantu. Alihkan segala objek sekeliling yang boleh mendatangkan
mudarat kepada mangsa yang terbaring dan tidak sedarkan diri. Longgarkan tali
leher atau tudung mangsa jika didapati ia boleh mengganggu pernafasan mangsa.
Anda juga boleh meletakkan kain atau benda lembut dibelakang kepala mangsa
untuk mengelakkan kecederaan di kepala.
2. MASA
Setelah keadaan sekeliling selamat, duduk
tepi dan lihat sahaja mangsa.
JANGAN masukkan sudu dalam mulut mangsa.
JANGAN lettakkan jari anda dalam mulut
mangsa.
JANGAN letakkan kain dalam mulut mangsa.
JANGAN cuba menghalang (restrain)
pergerakan mangsa. Nanti lebih banyak kecederaan yang dialami mangsa akibat
cubaan menghentikan pergerakannya.
“Habis tu? Takkan nak biar dia gigit lidah
dan bibir dia?!”
Biarkan. Ada perkara lain yang lebih
penting untuk dijaga. Aspek yang paling penting adalah PERNAFASAN mangsa. Kalau
dah letak sudu, jari dan kain dalam mulut mangsa, macam mana mangsa nak
bernafas? Elok elok boleh selamat, benda lain pula jadi.
Jadi, duduk elok – elok dan lihat berapa
lama pesakit sawan. Maklumat berkenaan tempoh sawan berlaku amat penting supaya
doktor mengetahui rawatan yang harus diberikan.
Biasanya, sawan hanya berlaku dalam tempoh
beberapa saat. Walaubagaimanupun, ia boleh berlaku dalam tempoh lebih lima
minit dan boleh berlaku secara berulang – ulang.
3. PASCA – SAWAN (POST ICTAL).
Setelah pergerakan sawan (tonic clonic seizure) berhenti,
perhatikan samada mangsa bernafas atau tidak. Gunakan gerakan healt tilt, chin lift (seperti dalam lukisan
One Pint Normal Saline) untuk membuka salur pernafasan.
Apabila sudah mendapatkan kepastian bahawa
mangsa masih bernafas, letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan (recovery position) seperti dalam
lukisan.
![]() |
Gambar dari Ausmed.com |
Dalam keadaan pasca sawan, mangsa biasanya
dalah keadaan separa sedar dan mengantuk. Bawa pesakit terus ke hospital untuk
rawatan seterusnya.
Jika mangsa tidak bernafas, dapatkan bantuan
kecemesan segera dan mulakan kaedah tekananan dada (CPR) sehinga bantuan tiba.
Mudah kan? Tak perlu berkejar
mencari sudu besi bagai. Perhatikan dan pastikan mangsa selamat. Itu sahaja.
MOfrust
1 comments
I am a doctor If you want to stay fit, you need to live a healthy lifestyle. And a balanced diet is the foundation stone to achieve the goal in coming years. In wellness diet solution, read everything you need to know about a healthy lifestyle.wellnessdietsolution.com
ReplyDelete