Kisah Disebalik Lagu Baby Shark

12:27 AM


Baby shark...doo...doo...doo...,
Baby shark...doo...doo...doo...,
Baby shark.

Pasti anda pernah dengar lagu ini di corong corong radio dan media sosial. Ia menjadi ikutan anak - anak kecil yang turut menari mengikut rentak lagu Baby Shark.


Tapi tahukah anda kisah disebalik lagu baby shark?
Tahukah anda simbolik tarian Baby Shark itu?
Tahukah anda maksud "Baby Shark...doo...doo...doo"?

Ya, ada konspirasi disebaliknya.

"Doo...doo...doo.." maksudnya "Aku makan anak Adam dowh". Ya, itu lah apa yang anak - anak kecil nyanyikan. Mereka sembah usaha untuk menjatuhkan anak Adam!

Apa simboliknya tarian seperti sotong toleh kiri dan ke kanan? Nampak tak tarian menyuruh penari memulakan dengan kaki kiri! 

Mana boleh mulakan dengan kaki kiri dulu. Haruslah dimulakan dengan kaki kanan!

Mesti para pembaca dah rasa apa yang saya tulis ni merepek kan? Memang menipu pun. Kisah dongeng saja ni.

Tapi saya pasti kalau tularkan "KISAH DISEBALIK LAGU BABY SHARK", di media sosial mesti ada puak teori konspirasi percaya perkara ini. Lipat - lipat duit RM 5 jadi kepala kambing pun orang boleh percaya, kisah merepek macam ni lagi la percaya. Tengok - tengok nanti ada yang minta lagu ni kena 'ban'.

Macam mana la nak ubah minda masyarakat ni. Huhu.

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook