Ubat Hijau Pembunuh Pesakit

8:50 PM

Saya amat kagum dengan daya imaginasi rakyat Malaysia. Sangat sangat power. Lihat saja tuduhan yang dilemparkan oleh minah ini.

Gila lah. Ada UBAT KIMIA WARNA HIJAU hospital kasi untuk bunuh terus pesakit! 
Testimoni khas dari mak nenek sepupu sepapat jiran tetangga. Sungguh kejam para doktor di Hospital Ipoh Perak!

Apa yang dikatakan oleh Tina Rina ni BUKAN tipu helah semata - mata. Saya pernah lihat dengan biji mata saya sendiri kewujudan ubat pembunuh ini. Warna hijau. Sebiji macam apa dia cakap! 80s and 90s kids mesti ingat cerita THE ROCK. Filem arahan Michael Bay lakonan Nicholas Cage dan Sean Connery. Masa zaman tu, filem ni memang meletop. Memang best gila. 

Dalam filem tersebut, suatu ubat 'nerve gas' berbentuk capsul bulat hijau telah dihasilkan oleh kumpulan terrorist untuk menyerang San Francisco. Memang sekelip mata boleh mati jika ubat ini diberi kepada pesakit.



Takkan la Michael Bay nak tipu kan! Mesti ubat ni wujud....
Ooppps. Nerve gas ini memang wujud di dunia nyata. Tapi gila la kalau hospital nak simpan ubat ni.

Saya pun tak pasti kenapa ada orang sanggup membuat fitnah sebegini. Yang buat saya tak faham, golongan yang konon kuat agama pun boleh terpengaruh dengan fitnah ini. Ada juga komen acah - acah murni.

"MasyaAllah, terkejutnya saya. Patut la orang sarankan makan ubat - ubat tradisional."

"Ya Allah, tak nak dah aku pergi ke hospital lepas ni."

Mudahnya tertipu dengan Penunggang Agama. Terang - terang dalam thread post tu dia jual produk. Takkan la tak boleh fikir, kalau staf hospital nak lenggang kaki sambil gaji masuk, mereka akan reject je terus pesakit. Tutup pintu hospital tu. 

Tak payah ada pegawai perubatan bersengkang mata siang malam jaga pesakit. 
Misi - misi relax je datang wad tak payah monitor vital signs dan berikan ubat.
PPK pun tak payah susah - susah turun naik lif tolak pesakit ke wad.

Aiyyo. Itu pun tak boleh fikir.
Entah lah. Nak cakap bodoh, sentap pula.
Dipanggil penipu dan penunggang agama, lagi la mengamuk sampai bakar pokok dengan ilmu 'magic'.

Lain kali gunakan lah imaginasi macam ni untuk menghasilkan filem - filem bermutu tinggi. Takkan itu pun nak kena ajar.



You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook