Bazir, bazir, BAZIR!

7:51 PM




Daftar sebagai pesakit....RM 1.

Konsultasi bersama doktor....PERCUMA

Lawatan rumah ke rumah beserta rawatan susulan selepas mengandung....PERCUMA

Ubat untuk rawatan penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asthma, sakit jantung)....PERCUMA

*************************************

Tapi segala ubat yang diberi kau boleh BUANG dan BAZIRKAN begitu sahaja?!

Kau bising pasal keadaan ekonomi yang semakin teruk.
Kau bising petugas kesihatan di klinik dan hospital makan gaji buta menghabiskan wang rakyat.
Kau bising kenapa perlu bayar kos rawatan di hospital (in patient) harus dibayar walaupun perlu bayar hanya sedikit sahaja daripada kos penuh (lebih 90% kos disubsidi.

Tapi kau bazir ubat - ubat ni?!

Kau ingat kau seorang sahaja yang bayar cukai? Siapa yang tanggung kos ubat - ubat tu?
Tiada siapa pun nak paksa kau ambil ubat tu.

Cakap sahaja; "Saya tak mahu makan ubat - ubat ni".

Jangan risau, kami akan sakit hati sekejap je. Kami akan terangkan balik sebab apa ubat harus dimakan. Kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan kesihatan pesakit terjaga. Kalau tak mahu juga makan ubat, tidak mengapa. Apa - apa jadi, tanggung risiko sendiri.

Dah teruk dan nazak sangat nanti datang sahaja ke hospital. Biar kami rawat. Biar RAKYAT MALAYSIA tanggung kos rawatan akut kau tu yang lebih tinggi daripada kos untuk 'prevention'. Kami tak kisah pun kau tuduh kami agen Yahudi ke, Rockefellar ke. Tabur fitnah yang kami ni berikan pesakit UBAT RACUN HIJAU untuk pesakit mati cepat pun tak mengapa. Kami akan sedia membantu.

Bantu, bantu juga. Tapi tiada maaf bagimu.

Rasa terbakar je badan ni melihat pembaziran yang berlaku. Ubat ubat dalam gambar tu bukannya murah.

Contohnya Lipitor (atorvastatin):
Satu kotak yang mengandungi 30 biji tablet harganya RM 51.90 (RM 1.73 sebiji)
Dalam gambar akhir tu ada 13 kotak Lipitor.

RM 51.90 x 13 = RM 674.70

Janumet tiada dalam senarai, jadi saya ambil contoh terdekat; Kombiglyze XR
Satu kotak mempunyai 28 biji tablet dan berharga RM 220.08 (RM 7.86 sebiji)
Dalam gambar tersebut ada 10 kotak.

RM 220.08 x 10 = RM 2200.80

Yang ni baru 2 jenis ubat. Ada lebih 20 kotak lagi ubat yang tak dapat dikenal pasti.
Berapa banyak WANG RAKYAT yang terbazir?!

*boleh semak harga sendiri di portal Pharmaceutical Services



******************************

Tolong la jangan membazir. Membazir tu amalan Syaitan. Mengalahkan Zionis Rockefellar!


MOfrust

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook