Calit - calit terus mengandung.
Sembur - sembur terus pulih.
Urut - urut terus bersambung tulang.
Makan pil terus kurus.
Mudahnya masyarakat kena tipu. Hanya letak beberapa ayat marketing, terus percaya. Dalam strategy marketing, pasti ada ayat - ayat ini:
"Produk keluaran Bumiputera"
"Produk Islam Halalan Toyyiban"
"Lulus KKM"
Dan paling power, mesti ada ayat fear mongering seperti:
"Para doktor sengaja tidak mahu anda tahu mengenai penawar segala penyakit"
"Hospital pasti akan lengang dan gulung tikar jika rahsia ini diketahui ramai"
Harga kos produk hanya RM 15, tapi harga 'mark up' berpuluh kali ganda. Sampai beratus Ringgit untuk produk substandard, overclaim dan potentially dangerous.
Kenapa harga mahal?
Nak kasi 'nampak' produk berkualiti. 'Nampak' sahaja berkualiti. Tapi tiada R&D (research and development) produk. Sebahagian besar kos digunakan untuk marketing. Beli FB ads. Beli slot di TV dan radio. Copywriting mesti POWER walaupun TIDAK BENAR.
Lagi satu sebab kenapa mahal sudah tentu untuk 'kongsi' kekayaan bersama agen agen yang membuta tuli 'follow 100%' apa yang founder kata. Bila founder kena londeh kerana jual produk menipu, agen - agen akan support dan percaya founder sepenuhnya. Ia lah, fouder dah kasi untung commission banyak.
Apabila dah game over, check mate terbukti menjual produk yang MENIPU dan MERBAHAYA, acah - acah jadi innocent. Dianiaya konon.
"Kami telah ditipu oleh wakil yang dilantik untuk membuat permohonan kepada KKM"
"Sample produk yang diambil oleh pihak berkuasa adalah produk counterfeit"
"Pengilang yang salah sebab tak buat ikut formulasi"
Padahal untung dah berkali ganda. Kereta Audi dan Mercedes dah bersepah beli. Tapi tak boleh nak ambil tanggungjawab sendiri nak semak semua tu? Nak kena tunggu dah kantoi baru tahu produk tu SAMPAH?!
Cukup - cukup lah. Banyak lagi cara nak berniaga dengan TIDAK MENIPU. Jika jual produk yang betul - betul berkesan dan scientifically proven tak mengapa. Bukti kan dengan scientific papers. Jangan pula ambil sample size setakat 100 orang je. Tak kuat langsung untuk buat conclusion.
Jangan percaya 100% apa yang dipasarkan di TV & radio. Walaupun kononnya nak bantu bumiputera dan Islam. Ada satu, stesen radio yang isi kandungannya Islamic tetapi penuh dengan slot produk yang menjelikkan. Memang saya dah pangkah stesen radio tersebut.
Jangan nilai dengan hati, tetapi nilai dengan ilmu.
Janganpercaya dengan testimoni, tetapi percaya dengan kajian sains yang kuat.
Celikkan mata.
Banyakkan membaca kajian ilmiah yang bukan berdasarkan testimoni semata - mata.
Jangan lepas ni ada orang promosikan produk CALIT CALIT TERUS PANDAI, berduyun duyun pergi beratur untuk beli pula.
MOfrust
Jangan dicalit