Ubat Ajaib Buang Selaput

7:59 AM

Apa? Doktor cakap makcik ada selaput mata? Kena oprek mata?

Jangan percaya cakap doktor hanat tu. Dia belajar dengan ilmu Yahudi Rockefeller Zionis. Saja je nak kaut untung berpuluh ribu Ringgit. Nak cucuk sana, cucuk sini. Masukkan bahan kimia. Habis lekat dekat buah pinggang sehingga berpuluh tahun. Boleh mati tau!

Meh saya perkenalkan teknik alami menghilangkan selaput mata. Dengan air ajaib warna kuning TANPA BAHAN KIMIA dan wet wipes dari kedai runcit. CONFIRM akan hilang selaput katarak.

Apa? Pakcik takut cecair warna kuning tu? Jangan risau, ia air ajaib. Nak terangkan pakcik bukan boleh faham pun. Yang pasti tiada bahan kimia. Ia dibuat oleh bumiputera. Halal Toyyiban.

Tiada bayaran puluhan ribu. Hanya ada bayaran untuk pengeras sedikit. Tak mahal pun. PM untuk best price.

Kalau tiba - tiba mata pakcik bernanah sehingga menjadi buta, itu bukan salah kami. Maksudnya pakcik memang takde rezeki untuk pulih. Memang takdir macam tu. Jangan nak saman - saman pula. Pakcik sendiri yang pilih rawatan ini.

Ha...apa lagi. Marilah merawat selaput dengan kami dengan AIR AJAIB KUNING ALAMI. Ayuh!


*******************

Aduh. Macam mana la orang boleh percaya dengan rawatan pelik ni. Nak buang selaput? Memang la boleh. Entah membrane apa la dia kupas.

Yang orang kampung dok sebut - sebut selaput bukannya selaput di permukaan mata. Tetapi CATARACT. Cataract melibatkan bahagian kanta mata (lens) yang menjadi semakin gelap (opaque) disebabkan faktor umur, kencing manis dan penggunaan steroid berpanjangan. Ada beberapa faktor risiko lain juga. (Boleh dapatkan penerangan daripada doktor di klinik).


Apa kesimpulannya di sini? 
Jangan percaya sangat benda benda ajaib ni. Buatnya ada komplikasi, ke hospital juga jadinya. Kalau dah teruk, doktor pun akan terkejut. Doktor tak boleh buat apa - apa. Boleh orang percaya fake eye doctors untuk merawat mata mereka. Memang cari nahas.

MOfrust

You Might Also Like

1 comments

  1. Halo,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel untuk memohon dan mendapatkan pinjaman segera: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook