Di Belakang Setiap Doktor Wanita Berjaya Ada Lelaki

6:07 PM



"Kami tidak mahu doktor lelaki terlibat dalam bidang sakit puan dan perbidanan (O & G)!"

"SEMUA doktor perempuan patut menjurus kepada kepakaran O & G!"

"Haram doktor lelaki masuk dewan bersalin."




Inilah keluhan rakyat marhaen yang selalu diketepikan...walaupun apa sahaja usaha dibuat. Lagi diberikan hujah, lagi menjadi - jadi. Tidak mengapa, kalau boleh semua orang nak macam tu. Pesakit perempuan biasanya lebih selesa dengan doktor perempuan yang menyambut kelahiran.

Walaubagaimanapun, haruskah segala tekanan diberikan kepada doktor wanita sahaja? Bagaimana pula dengan peranan masyarakat secara amnya? Bagaimana pula dengan peranan lelaki? Kita selalu dengar ayat ini:

Disebalik kejayaan seorang lelaki, berdirinya seorang wanita. 
Disebalik kejayaan seorang suami, berdirinya seorang isteri.

Tetapi dalam segala bidang, peranan suami yang menyokong isteri terutamanya dalam menjalankan tanggungjawab Fardhu Kifayah juga amatlah penting. Ikuti luahan Dr Nur Ilyani Bujang, pakar bius Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. 

**************************************************************

Tanggungjawab menjadi pakar O&G tidak sahaja berpundak pada bahu kaum wanita yang mengambil perubatan sebagai perkerjaan.

Tetapi ianya juga berpundak pada suami-suami, ibu bapa dan masyararakat. 

Tanpa sokongan suami, tidak mungin wanita yang bergelar isteri mampu berkerja siang malam, on call, belajar, buat Master. 

Tanpa ibu bapa yang sudi berkorban, melihat anaknya on call siang malam, membantu menjaga cucu ketika anaknya kejauhan menyambung pelajaran,  tidak mungkin seorang pakar mampu dilahirkan.

Tanpa sokongan ahli keluarga terdekat yang sanggup berkorban, saya tak mampu untuk mengambil peperiksaan.

Tanpa rakan taulan yang memahami, saya tak mampu melawan arus seorang diri.

Tanpa suami yang sanggup tidur malam tanpa isteri di sisi, tak mungkin doktor pakar dapat dilahirkan.

Suami kepada doktor adalah suami yang sanggup berkorban.

Anda bagaimana? 

Anda hanya sanggup pertahan maruah isteri.  Tetapi adakah anda sebagai lelaki memainkan peranan melahirkan seorang pakar? 

Saya bercakap berdasarkan pengalaman.

Sepanjang empat tahun buat Master, ulang - alik Kuala Lumpur -Johor Bahru.  Kalaulah saya tadah air mata, memang jumlah nya akan berbaldi - baldi.

Ramai kawan kawan waktu jawatan MO (pegawai perubatan) yang lupakan hasrat untuk sambung belajar kerana suami tidak supportive.

Berapa ramai yang terkandas semasa master kerana masalah keluarga. 

Tak kurang ada yang bercerai berai kerana pasangan ada affair kerana menyalahkan keadaan yang sibuk.

Susah nak cari suami, bapa, abang lelaki, adik beradik, rakan rakan yang sanggup berusah payah demi nak melahirkan seorang doktor.  Apa lagi doktor pakar.

**************************************************************
Bukan mudah untuk menghasilkan seorang pakar dalam suatu komuniti. 

Bukan semudah berkata - kata di laman sosial.

Bukan semudah menghukum tanpa melihat konteks semasa.

InsyaAllah, ia boleh diusahakan. Tetapi ia memerlukan sokongan setiap individu dalam masyarakat. 

Ayuh, doakan anak - anak perempuan anda menjadi seorang doktor pakar yang solehah.

Ayuh, doakan anak - anak lelaki anda menjadi suami yang memahami dan memberi sokongan padu kepada isteri untuk menjadi pakar.

Ayuh, doakan supaya anda sendiri bertahan melihat anak perempuan anda jarang pulang ke kampung halaman untuk berjaya menjadi seorang pakar perubatan.

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook