Pembaziran Duit Rakyat

9:59 AM

"Bodoh punya hospital. Kedekut nak mampus. Bagi aku satu ubat je! Aku punya appointment lambat lagi. 6 bulan lagi tau. Mana cukup?!"

Biasa dengar ayat ini?
Meh saya tambah lagi.

"Aku ni bayar cukai tau. Aku pesara kerajaan lagi. Aku kasitau dekat member VIP aku nanti. Pegawai farmasi hospital HXY culas dan zalim terhadap aku."

Familiar sangat kan? Terutamanya jika anda pegawai farmasi atau doktor yang menjaga klinik Non Communicable Disease (NCD).

Ada sahaja kerenah pesakit. Kalau boleh, nak dapatkan stok ubat setahun terus. Makan atau tak ubat tu, belakang kira. Yang penting pesakit puas hati. Ye la kan, ubat hospital kerajaan kan dibeli menggunakan duit RAKYAT. Jadi, rakyat boleh la ambil sesuka hati. Kalau membazir pun, bukan duit sendiri pun.

Lihat sahaja situasi ini:


25 kotak ubat Symbicort yang tidak terpakai dipulangkan semula ke farmasi.

DUA PULUH LIMA KOTAK Symbicort yang tidak terpakai!

Tiga tahun punya stok kot. Pakai ambil je, tapi tak guna. 
Kalau betul - betul pakai untuk kegunaan pesakit, tiada masalah. InsyaAllah, bronchial asthma (lelah) boleh dikawal. Secara jangka masa panjang, kos rawatan di hospital dapat dikurangkan (cost of hospital admission). Ini tidak, membazir sahaja.

Nak tau berapa harga satu kotak Symbicort?


Menurut Laman Portal Rasmi Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, harga sekotak Symbicort (Budesonice + Formoterol) adalah RM 124.90 untuk 60 dose (lebih kurang satu bulan).

Bayangkan berapa jumlah yang telah dibazirkan:

RM 124.90 x 25 = RM 3122.50

Habis melayang RM 3122.50 begitu sahaja. Tiada siapa yang mendapat faedah. Bukan seorang dua sahaja pesakit macam ini. Dalam satu hari boleh ada berpuluh orang pesakit yang macam ni. Tak reti nak bersyukur dengan apa yang diberi. Yalah, bayar pun RM 1 sahaja. Jumpa doktor pakar pun baru RM 5.

"Bukan duit aku yang melayang sampai RM 3122.50. Duit cukai. Hak Rakyat!"

Tolong lah hargai setiap satu rawatan yang diberi. Kalau tak mahu makan ubat, takpe. Jangan ambil lagi ubat buat stok di rumah. Kesihatan sendiri, sendiri tanggung.

JANGAN MEMBAZIR!

MOfrust
Frust dengan pembaziran.

#bazirubat

You Might Also Like

5 comments

  1. Maafkan saya. Saya pun dalam proses pulangkan ubat2 yang dah tak guna lagi. sebelum ni tak berapa tahu sangat cara nak lupus ubat ni. biasa buang kat tong sampah bila dah expired. Now I've got few boxes ubat dari PSY yang dah tak perlu lagi sebab saya baru tukar ubat baru last week. bukan niat nak membazir duit kerajaan, tapi my illness and kesesuaian ubat pada tubuh badan saya yang membuatkan saya ada stock ubat yang agak banyak. maaf ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, thank you for your concern and doing your part miss afzan :)

      Delete
  2. Someone kat hospital kena buat kajian atau KIK untuk mengatasi masalah ini

    ReplyDelete
  3. Macam saya haritu dr nak bekalkan oainkiller padahal yg adapun x habis lagi..sbb makan bila perlu..boleh jer bagitahu dr kita x perlukan ubat tu..ambil.yg mana kita perlukan sahaja.

    ReplyDelete
  4. Amazing content Dr. Pls keep it up. Saya suka baca blog ni, Dari waktu SPM, sampai lah asasi sampai lah bulan 9 ni Alhamdulillah nak masuk degree. Quality content. Such an inspiration!

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook