Sherlock Frust

11:52 PM



Dikala pagi yang dingin setelah hujan membasahi bumi semalaman, datang seorang pesakit ke klinik dengan berseluar pendek dan ber-singlet.

"Apa pasai saya rasa manyak sojoook in hari? Apa pasai?"

Terlintas fe-feeling seperti Sherlock Holmes lakonan Benedict Cumberbatch dengan lagu tema Sherlock. (baca dalam blog link untuk lebih feeling).



*******BACA ADEGAN SETERUSNYA SEPERTI ANDA MENONTON SHERLOCK*******



"Uncle, malam tadi hujan lebat bukan? Hujan turun sampai macam nak roboh rumah. Hinggakan Manjoi hampir banjir. Hujan lebat hingga ke pagi. Sampai sekarang pun hujan renyai - renyai."

"Akibat daripada hujan ini, terdapat penurunan suhu sekurang - kurangnya 3° Celcius."

Aku berdiri sampil menunjukkan kepadanya hujan renyai - renyai diluar jendela.

"Tengok pakaian yang uncle pakai. Patutnya tidak mengikut tatacara pemakaian di klinik, tapi sebab uncle sudah tua, mo man tai (no problem)."

Aku meminta beliau meneliti pakaian nya.

"Akibat kawasan kulit yang tidak tertutup dengan benang amat luas, uncle akan cepat rasa sejuk akibat kehilangan haba badan yang pantas."

Aku belum puas lagi ber Sherlock Holmes dengan beliau.

"Tengok tempat uncle tunggu di luar." Aku tunjukkan ruang menunggu di mana beliau menunggu selama 15 minit.

"Uncle tadi duduk dibawah kipas yang berkelajuan maksimum. Daya tolokan angin telah menyebabkan haba badan cepat terlibat daripada badan. Akibatnya, uncle akan rasa manyak sojoook."

Setelah memberi penerangan yang mendalam kepada 'uncle', aku terus duduk diatas kerusi ku. Aku tunjukkan vital signs kepadanya.

"Ini semua ok. Mo fasiu, mo hingakow."
Maksudnya, tiada demam dan tiada darah tinggi.

Uncle tercengang.
Adakah disebabkan aku nampak seperti Dr. Strange di mata beliau atau sepatah apa pun dia tak faham?

"Ok doktor. Saya mau panadol saja. Mau simpan rumah. Takut ada fasiu."

OK la Uncle. Terima kasih kerana berikan aku peluang berlakon seperti Sherlock Holmes. 
Aku pun serahkan slip ubat yang tertulis.

"T. PCM 1g PRN"

Sherlock Frust

You Might Also Like

1 comments

  1. It is the best Television series I have watched in my life although its short but the story is best ever. Much pleasure to see it here again and read it in native language.

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook