Sembang Ozone Therapy

2:00 AM

OZONE THERAPY. Apa yang dirawat sebenarnya?



Testimoni yang dicanang memang power. Boleh menyembuh (cure):
1. Kanser
2. Kencing manis
3. Masalah buah pinggang
4. Sakit jantung
5. Gout
6. Hepatitis B
7. HIV

Betul ke semua ni?



Entah lah. Dari tahun lepas pung pang pung pang. Ada pesakit HIV yang secara terbuka, meminta dirinya dirawat dengan Ozone Therapy tapi tiada satu pun syarikat yang take up the offer. 
Berkurun lama wakil KKM & beberapa NGO meminta keputusan darah sebelum rawatan dan selepas rawatan sebagai bukti testimoni agung ini. Tapi habuk pun tarak.

Yang ada hanya,

"Saya dulu ada hepatitis, sekarang dah takde."

Macam mana tau takde hepatitis?

"Sebab sekarang saya rasa sihat."

Rasa sahaja? 

Mana pergi keputusan darah? Siapa yang buat diagnosis hepatitis? Adakah awak rasa ada hepatitis sebab kerap makan kerang?

Apabila Kementerian Kesihatan Malaysia buat kenyataan menentang Ozone Therapy oleh sebab faktor keselamatan dan tiada bukti saintifik mengenai keberkesanannya, ramai melenting.

"Ini lah Yahudi Zionis. Pantang tengok Melayu maju."

"Not certified by KKM. Certified by world and Allah."

Amboi. Tunggang agama dan bangsa.




Yang menyokong dan menggunakan Ozone Therapy dah faham ke risiko yang diambil? Risiko yang diambil tidak setimpal dengan 'overclaimed benefit".

1. Risiko jangkitan kuman terus kedalam sistem darah. Senang senang sahaja boleh dapat sepsis - jangkitan yang teruk.

2. Risiko embolus. Udara yang memasuki salur darah boleh mengakibatkan kegagalan jantung, paru - paru dan otak. Boleh menyebabkan kematian.

3. Risiko pendarahan tak terkawal akibat penggunaan heparin. Bila darah menjadi terlalu 'cair' (heparin membantutkan keupayaan badan untuk memberhentikan pendarahan (bleeding)). Pendarahan dalam otak dan usus boleh berlaku secara spontan.

Adakah risiko - risiko ini berbaloi?

Nak kawal cholesterol? Kan ada ubat yang dah digunakan berpuluh tahun dan terbukti berkesan.

Gout? Kan ada ubat gout. 

HIV? Tak takut ke jangkitan boleh menular melalui kontaminasi darah? Jika pesakit HIV dah terkawal dengan HAARTS, jangan ganggu pesakit lagi.

Dah fikir betul - betul? Takpe la.
Kami yang merawat secara percuma ni memang dah biasa kena panggil Yahudi. 
Makanduit Yahudi. 
Hati penuh hasad dengki.
Suka tengok masyarakat bergantung kepada ubat dan menjadi agen kehancuran bumi.

Ada tak tuduhan ke atas warga KKM yang saya terlepas? Sila tambah perisa di komen.

MOfrust

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook