Tanya Pasal Ubat, Doktor Jadi Bodoh

6:41 PM


Tanya pasal dah makan ubat ke belum pun salah.
Minta terangkan mengenai ubat yang diambil please pun salah.

Kena label
"Doktor BODOH!"
"Kalau saya tahu pasal ubat, saya la jadi doktor"

Susah macam ni. Ubat yang dibuka dari bekas, ditatap sendiri sebelum telan pun tak boleh ingat bentuk, warna dan indikasi ubat.

"Doktor tu suruh makan, saya makan la!"

Sampai bila nak jadi begini? Tak mahu tahu sedikit pun mengenai keadaan diri sendiri. Semua benda salah orang lain.

Saya ingat lagi ketika saya bertugas di Jabatan Kecemasan, ada sepasang warga Jerman terlibat dengan kemalangan kecil. Mereka boleh beritahu dengan jelas berkenaan alahan (allergies) terhadap ubat dan bila kali terakhir mereka mengambil vaksin Tetanus. Mereka tahu, indikasi tetanus & berapa lama ia boleh bertahan. Mereka boleh terangkan semua ini SEBELUM saya dapat tanya apa apa soalan.

Healthcare is a shared responsibility.
Input dari pesakit adalah komponen paling utama sebelum diagnosis pesakit dapat diperolehi.

Garbage in, garbage out.

Jika history sampah yang di beri semasa history taking, diagnosis & rawatan juga akan kurang optimum (tak sesuai untuk sebut sampah).

MOfrust
Tak frust sangat, masih cool

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook