Sebelum Bantu, Fikir Dulu

8:49 PM



"MasyaAllah, bantu lah anak ini yang kena buat orang. Dah 4 tahun sengsara."

"Bantu lah mereka ini. Dah habis wang ringgit dihabiskan."

"Jangan tengok sahaja. Paling kurang share dan like."

Nombor akaun bank diletak dihujung status. Gambar pun ada. Video pun ada - sebagai bukti.



Apa lagi? Like & share la. Ada duit lebih sikit, transfer dalam akaun bank.

Niat dihati ingin membantu. Tapi sebelum ketik butang 'transfer', kena la siasat dulu. Betul ke wang Ringgit kita akan membantu anak kecil tersebut?

Kadang kadang tu, bukan nya ahli keluarga pesakit yang menipu. Tetapi, telah di brainwash oleh puak puak penunggang agama & yang mengambil kesempatan. 

Mereka dipaksa & dipergunakan untuk mendapatkan sumbangan kewangan supaya wang tersebut boleh digunakan untuk membeli produk bodoh & tidak berkesan dengan harga yang tidak masuk akal.

Ubat Vitamin X berharga ribuan Ringgit.

Ustaz alim yang tak percayakan perubatan tapi mengenakan bayaran tak masuk akal mengalahkan Yahudi.

Alat lekat lekat di kepala untuk tukar DNA yang pertama di dunia bernilai lebih RM 10 K.

Baru baru ini, saya cuba untuk memberi bantuan kepada salah seorang 'pemohon' sumbangan. Cerita yang dikongsi, beserta video jelas menunjukkan pesakit mengalami sawan. Kemungkinan besar, epilepsy.

Dengan menggunakan bahasa yang sopan, saya memberi komen:

"Saya memohon tuan menasihati ibu tersebut untuk cepat cepat bawa ke hospital. Telefon saja 999. Operator akan bantu beri nasihat sementara menanti ambulans tiba"
Rakan rakan dari Medical Mythbusters Malaysia yang lain turut memberi nasihat yang sama.

"Dapatkan rawatan pakar"

"Cepat bawa ke hospital. Pasti boleh dapatkan rawatan"

"Jika tiada duit, jangan risau. Masuk hospital nanti, kes akan di rujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat"

Jawapan yang kami terima amat mendukacitakan.

"Kalau kamu doktor, pergi telefon terus Mak nya. Ni nombor nya - 019xxxxxxx"

"Cakap boleh, mereka miskin. Tiada kenderaan."

Cakap putar belit, tak nak juga bawa ke hospital.

Akhirnya, semua yang memberi jawapan berhemah kena 'block'. Segala komen kami pun telah dipadam. Segala bukti pertolongan dalam bentuk 'bukan kewangan' hilang sekelip mata.

Apa yang boleh disimpulkan disini?
1. Sebelum like, share atau memberi sumbangan, dapatkan kepastian mengenai penyakit yang dialami.
Adakah ia telah mendapat kan rawatan dari mana mana pusat perubatan?
Adakah penerima sumbangan ahli keluarga sebenar?
Adakah penyakit misteri betul betul misteri?

2. Lihat trend pemberi komen. Tengok bahasa yang digunakan.
Ada tak cadangan yang logik diberi kepada pesakit atau hanya sekadar omong kosong.

3. Dapatkan kepastian mengenai apa yang akan dibuat dengan sumbangan yang diberi.
Bawak berubat ke Ostad?
Hanya untuk menampung kos sara hidup?

Sudah banyak exposé dibuat mengenai perkara ini. Ada yang menipu orang dengan kisah kisah sedih secara bersiri. Ambil segala sumbangan untuk kepentingan sendiri. Ada yang terkantoi, bantuan kewangan telah diberikan pihak JKM & hospital tetapi menagih simpati juga, untuk dapatkan wang lebih.

MOfrust
#MedicalMythbustersMalaysia

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook