Mudahnya Ditipu

8:59 AM

Ketuk ketuk, hilang slipped disc.
Sapu sapu, sembuh hyperthyroidism.
Cucuk cucuk, sembuh stroke.
Telan telan, sembuh kencing manis.
Titis-titis, sembuh gout.

Masuk RM 500, bulan depan jadi RM 1000.
Cari 10 orang joinT, lusa jadi jutawan.
Belanja RM 1 dapat 0.0001 point, minggu depan boleh beli iPhone.

Bila ditanya untuk penjelasan;

"Kamu jangan jadi Yahudi, tanya bukan bukan"

"Ilmu Allah itu luas, jangan sombong dan taksub dengan ilmu kau tu!"

"Awak ni dah jadi hamba kepada ilmu sains kafir"

"Kenapa dengki sangat kat kaum sendiri ni? Pantang tengok kaum sendiri kaya sikit"

"Kenapa harus tabur pasir ke dalam periuk nasi orang?"

Boleh nampak tak trend di sini?

SCAM perubatan. SCAM kewangan. SCAM memberi ilmu palsu.

Semuanya sama. Semuanya disebabkan nak dapatkan sesuatu dengan:

MUDAH - CEPAT - LENGGANG KAKI



***************************************************

Dah diterang berkali - kali. Dah diberi bagai - bagai bukti dan ilmu, masih mahu percaya yang bukan - bukan.

Minum air bergas berbotol - botol. Teh tarik tiga kali sehari. Nasi lemak ayam rempah beserta telur goreng, untuk makan pagi dan malam. 

Diminta makan ubat, culas. Diminta kawal permakanan - "doktor mana tahu betapa susahnya nak diet!"

Tapi apabila ada iklan "quick fix" cepat saja nak menghabiskan beratus - ratus Ringgit untuk sekotak ubat ajaib. 

**************************************************

Begitu juga dengan SCAM pelaburan. Janji manis mengalahkan teh tarik pekat, senang sahaja boleh joinT. Dikaburi dengan janji return of investment sehingga 360% setahun. Apabila diajar cara nak melabur dengan selamat, mengikut ketetapan Bank Negara, tak mahu pula.

"Lambat kaya"

"Buat apa dividend 5.7% je"

"Kerajaan nanti songlap wang"

Akhirnya, Pak Lebai yang ulang alik tengok hotel di Mekah yang songlap kan wang.

Sampai bila masyarakat nak sedar?

MOfrust

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook