Disebalik Testimoni Berbunga

8:39 AM

"Nak senang macam ni la. kita jumpa ngeteh. Bagi kami terangkan di HQ"

Wow! Ajak doktor pakar bius mengeteh untuk terangkan mengenai produk pseudoscience. Produk yang hanya SUPPLEMEN tapi OVERCLAIM untuk merawat penyakit. Apa yang lagi best tentang produk ini?

1. Mereka ada panel 'doktor' yang telah membaca 1800 journal...tapi nombor pendaftaran MMC (Malaysian Medical Council) penuh tiada.

2. OK la, memang ada doktor perubatan yang 'joinT' marketing produk ini. Tapi, boleh ke bandingkan dengan ilmu dan pengalaman Pakar Buah Pinggang (Nephrologist), Dr Rafidah Abdullah dan Pakar Bius, Dr Hana Hadzrami?



3. Testimoni...testimoni...testimoni...

Point nombor 3, marketing strategi paling kuat untuk geng geng overclaim ni. Penerangan dari doktor pakar pun boleh dikatakan 'entah apa - apa'. Biasanya, testimoni yang diwar-warkan semuanya berbunga - bunga. Jadi, apa kata kita cari testimoni yang tak berapa berbunga; testimoni yang menunjukkan betapa bahayanya apabila produk supplemen di 'overclaim' sebagai ubat.



Diatas adalah testimoni Dr Hana Hadzrami setelah melihat beberapa orang pesakitnya mengalami penyakit kronik yang semakin teruk akibat mengambil C*****X (boleh jadi CloroX, boleh jadi CinemaX...sila isikan tempat kosong sendiri).

Kemudian, adalah beberapa orang terasa. 
Doktor - doktor pakar diperbodohkan mereka. 
Slipped disc pun boleh dibandingkan dengan kanser. 

Jawapan yang penuh 'ilmiah'

Perbandingan antara slipped disc dan kanser

Jadi, untuk level the playing field, kita baca testimoni - testimoni yang tidak pernah diiklankan sebelum ini. Selepas itu, boleh la nilaikan sendiri.

Kanser ovari

Testimoni yang menunjukkan keadaan pesakit yang semakin parah. Barah bukannya mengecut, tetapi semakin membesar.



Hyperkalemia
Keadaan pesakit kanser prostat yang mengalami Hyperakalemia setelah mengambil suplemen tersebut. Garam kalium (K, potassium) yang tinggi boleh menyebabkan degupan jantung menjadi tidak normal dan boleh membawa maut.


Kegagalan buah pinggang

Akibat terdesak tidak mahukan dialisis, pesakit telah mencuba produk suplemen tersebut. Akibatnya, paras creatinine (petanda fiungsi buah pinggang) menjadi terlalu tinggi. Penjual supplemen yang overclaim pula, hilang entah kemana. Tidak pula hendak bertanggungjawab setelah memberi harapan palsu kepada pesakit.



Pembaca faham akan potensi chemotherapy dan radiotherapy dalam merawat penyakit kanser walaupun ahli keluarganya sendiri tidak dapat diselamatkan dari kanser.


Pemerhatian yang bagus dari pembaca yang neutral. Boleh nilai sendiri dengan jawapan yang kurang membina dari penjual - penjual supplemen.
Kesimpulannya, jangan percaya sangat dengan testimoni - testimoni produk yang overclaim. Nak berniaga, tiada masalah. Tapi jangan lah menipu pembeli. Jika ia didaftarkan sebagai makanan tambahan, iklankan sebagai makanan tambahan sahaja. Jangan lebih - lebih sebab nak kejar sales.

MOfrust
Kalau mengeteh, kena teh tarik kurang manis

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook