Aku Sebiji Paracetamol

8:56 AM



#Aku Sebiji Paracetamol.

Le Paracetamol (sebut macam French)

Aku dipanggil dengan pelbagai nama. Nama glamour ku Panadol (GlaxoSmithKline).

Ada yang panggil aku "KK", paracetamol, "praaadol" dan acetominophen. Lantak korang lah nak panggil aku apa.
Yang aku tahu, aku ditelan apabila manusia demam dan dalam kesakitan.

Malangnya, aku juga selalu dijadikan bahan untuk manusia membunuh diri. Patut telan 1 gram atau 2 biji sekali makan, pergi tibai dua papan sekali makan. Memang habis 'kong' fungsi hati. Hati yang aku maksudkan bukan hati yang jiwang ye. Organ hati. Bahasa Inggeris nya liver. 

Adik beradik ku ramai.
Syrup atau nama manjanya Acap dilahirkan dalam bentuk cecair. Kadang kadang dia ber 'kulit' merah. Kadang kadang dia suka ber 'kulit' oren seperti buah oren. Rasa pun mirip buah oren.
Suppository atau nama manjanya Sappi suka sangat berada di bawah 'sana'. Tempat yang agak jijik. Tetapi Sappi amat pantas bertindak. Jangan lupa pakai sarung tangan sebelum guna tau!
Intravenous atau Ivy, budget bagus. Dia selalu berada di hospital hospital yang mahal - mahal saja. Dia sombong. Tak geng dengan adik beradik yang lain.

Kalau ada anugerah seperti Academy Awards (Oscars), aku rasa aku pasti menang dalam kategori ANUGERAH UBAT YANG PALING BANYAK DIFITNAH. Hampir setiap hari aku difitnah. Kalau bukan di WhatsApp, di Facebook. Takpun di rumah mamat scammer perubatan.

Aku difitnah oleh penunggang agama sebagai ciptaan agung agensi Barat. Dikatanya aku melekat di dalam badan manusia selama berpuluh tahun. Gorengan fitnah ditambah garam dengan menyatakan aku merembeskan sisa toksik dalam badan manusia dan menyebabkan kanser. Padahal, tak kuasa pun aku nak duduk lama - lama dalam badan manusia.
Sejurus aku dihadam dalam perut manusia, aku dipecahkan dalam hati untuk memberi faedah kepada manusia. Tak lama pun aku duduk dalam badan tu. Lepas beberapa jam, aku keluar dalam air kencing. Yang kena kencing orang yang dok sebar dan viralkan fitnah ni je.

Ini bukan hati yang jiwang, tapi ORGAN HATI (liver)


Baru - baru ini, aku difitnah lagi sekali. Kononnya aku menjadi 'vektor' untuk Virus Machupo - virus PALING MERBAHAYA DI DUNIA. Gila ke apa? Budget power la pergi alih bahasa berita palsu dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Tak cukup dengan Facebook, WhatsApp pun dijadikan alat untuk sebaran fitnah. Bukan aku yang kena 'jangkit' dengan virus. Korang tu yang kena jangkit dengan virus TAK-RETI-NAK-SEMAK-FAKTA.



Memang hebat orang ni. Power dia translate Bahasa Inggeris

Tak habis isu virus tu lagi, ada la pulak sebarkan fitnah yang aku ni kalau disiram dengan air akan jadi kembang macam tisu. Kalau makan, boleh kembang satu badan. Boleh jadi Michelin Man.


Apa dah jadi dengan manusia di Malaysia ni? Dah la malas nak membaca, video pun tak reti nak tengok sampai habis! Terang terang Mak Uja tu ada bagitau - "INI BUKAN PANADOL LA SAYANG". Tak boleh faham juga ke?



Lain kali kalau baca artikel, baca sampai habis.
Kalau tengok video, tengok sampai habis.
Dah habis baca atau tengok, JANGAN SHARE LAGI.
Fikir dulu. Sahih ke tak benda tu? Perlu ke di share? Dah dapatkan kepastian ke?
Dah terjawab semua tu baru la share.

MOfrust
The Drug Whisperer

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook