Bilik Houseman

8:35 AM



"Shima, awak pergi lepak dulu kat bilik houseman. Saya nak ambil log book dekat labour room sat."

Shima dan Norli oncall malam ini. Mereka berdua ditugaskan menjaga wad antenatal. Wad antenatal agak busy harini. Bertubi tubi kes yang masuk.

Reduced fetal movement.
Leaking liquor.
Active labour.

Mereka berdua tidak berhenti bekerja sejak jam 8 malam tadi. Kini, jam sudah pukul 1 pagi. Semua ward work telah diselesaikan. 

"Ok la Norli. Saya ke bilik houseman dulu. Tak larat nak berdiri dah ni."

Shima penat tak terkata. 5 jam kerja. Tak sempat nak duduk pun.

Walaupun katil di bilik houseman tidak seempuk tilam Nova di rumah, letak sahaja kepala di atas bantal, terus lena.

Seketika kemudian, pintu bilik houseman dibuka.

Krriiiikkkkkk.....

Tuuuppppp...suis lampu ditutup.

"Awak jumpa tak logbook awak?" Shima bertanya kepada 'Norli'. Ketika itu, Shima tidur mengereng menghadap dinding. Terlalu penat untuk menoleh kebelakang melihat pintu.

Senyap. Tiada jawapan.

Shima dapat rasakan bilik tiba-tiba menjadi sejuk. Ditariknya selimut untuk menyelubungi badan.

"Brrrr...Sejuk la Norli. Boleh tolong perlahankan kipas tak?"

Masih senyap.

Shima dapat merasakan satu jasad berjalan ke arah katil sebelahnya. Perlahan lahan ia duduk. Tiada langsung bunyi. Tapi Shima dapat rasakannya.

Selama 5 minit. Ia duduk sahaja. Tiada pergerakan langsung.

Shima mula rasa tidak selasa. Seperti sedang diperhatikan.

"Kenapa Norli ni?"
"Tak nak baring ke?"
"Tak penat ke?"
"Betul ke Norli ni?" 
Berbagai persoalan timbul dalam kepala Shima.

Kringg...Kringg...telefon berbunyi.

"Shima, boleh tolong saya kat labour room tak? Banyak kes ni. Dr Budin minta saya assist dekat OT" suara Norli jelas kedengaran dalam telefon.

"Habis tu? Siapa kat sebelah ni? Yang oncall malam ni hanya dua orang!" Shima kebingungan.

Perlahan lahan Shima menoleh ke belakang. Kelihatan seorang yang mirip Norli duduk di atas katil sebelahnya.

Baju scrubs sama dengan Norli.
Gaya tudung yang sama dengan Norli.
Tapi matanya hanya pandang ke hadapan.
Tiada emosi.
Expressionless.
Hanya memandang ke dinding.



Perlahan lahan 'jasad' tersebut menoleh ke arah Shima. Matanya yang bulat memandang terus ke Shima.

Shima terus berlari keluar ke arah labour room dalam keadaan takut. Meremang bulu romanya.

"Kenapa ni Dr Shima? Tercungap cungap ni. Ada apa?" tanya Jururawat Liyana.

"Kak saya lepak kat sini je la sampai pagi. Tak nak dah masuk bilik houseman tu. Ada benda kacau" Shima menjawab. Masih tercungap cungap. Masih dalam ketakutan.

Sepanjang malam itu, semua jururawat & para doktor duduk berkumpul di kaunter jururawat setelah mendengar cerita Shima. MP3 bacaan ayat suci Al Quran dipasang sehingga pagi. Tiada siapa yang berani menjenguk ke Bilik Houseman. 

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook