SUKA SANGAT KITA DITIPU

7:18 AM

SUKA SANGAT KITA DITIPU Kan?

Bila doktor cakap...

"Banyak faktor bagaimana kanser ni boleh berlaku. Faktor genetic & faktor persekitaran memainkan peranan yang besar. Kami tak dapat pinpoint betul betul apakah sebab utama kanser yang dialami boleh berlaku."

Dibalas...

"Bengap punya doktor. Belajar tinggi - tinggi soalan basic pun tak tau. Bodoh betul...."

Yang kata begitu bukannya pesakit. Bukan pun ahli keluarga terdekat. Tapi saudara mara yang entah mana entah.

Habis di viral. Habis macam macam dituduh.
Dr Yahooodie. Dr Pakar Buku sahaja. Dr Tak Tau Apa.

Apabila di janjikan langit dan bumi, doktor tipu pula disanjung tinggi.

"Kanser ni sebabnya adalah makan Maggie. Gerenti! Tambah pula vaksin itu ini. Itu lah sebab utama. Bahan kimia semua tu. Dihydrogen Monoxida. Sodium klorida. Semua bahaya!"

"Jangan chemo, jangan operate. Ambil ubat mujarab Vitamin B 84 ni. Ambil setiap hari. Satu bulan RM 500. Lepas 3 bulan, PASTI HILANG KANSER! Saya yakin."

Dengan penuh keyakinan. Tanpa ada bukti kecuali air liur basi. Ya lah, penyelidikan sains kan hasil ilham Yahudi.

Setelah 3 bulan, keadaan semakin teruk...

"Dia tak ikut pantang betul betul. Tu sebab jadi macam ni. Ini semua kehendak Allah."

Kes begini disimpan diam diam. Senyap - senyap saja. Tiada testimoni. Tidak pula diwar - warkan. Tidak pula dikaji semula. Tiada mortality review. Tiada data collection.

Hasil RM 500 setiap bulan disimpan untuk diri sendiri. Kos sebenar 'perniagaan' tidak sampai RM 100.

Tapi yang salah tetap doktor yang tak dapat satu sen pun keuntungan. Hanya gaji yang sedia ada & tanggungjawab memberi yang terbaik untuk setiap pesakit.



MOfrust
Pernah di label YAHOODIE

Like jika best, share jika bermanfaat.

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook