Lengan Dr Amyr Hampir Dijahit Akibat Kerja di Yellow Zone

10:21 PM

Seorang pesakit dibawa masuk ke Zon Kuning Jabatan Kecemasan diiringi tiga orang pegawai polis.

Pesakit seorang lelaki dalam lingukungan 20 tahun. Baju nya koyak rabak. Muka nya penuh dengan lebam & luka. Dia terus dibawa ke katil 10, lengan nya digari ke katil.

Dr Amyr menghampiri lelaki tersebut.

"Hi, saya Dr Amyr. Boleh saya tahu apa yang telah terlalu?" doktor Amyr cuba mendapatkan perihal keadaan pesakit - history taking.

"Dia kena tangkap lepas meragut orang depan Super Kinta tadi. Orang awam kejar dia, lepas tu kena belasah."

Salah seorang pegawai polis menjawab manakala pesakit tersebut hanya memandang ke bawah. Tiada eye contact. Tiada reaksi.

Walaupun pesakit adalah seorang penjenayah, Dr Amyr tidak boleh prejudis. Setiap pesakit adalah sama - perompak, perogol, pembunuh, semua nya akan diberi perkhidmatan terbaik. Tugas doktor bukan untuk menghukum, tetapi merawat.

Setelah mendapatkan sejarah pesakit yang secukupnya, Dr Amyr sambung dengan pemeriksaan fizikal.

"Tuan boleh tolong buka gari ini? Saya perlu periksa dengan teliti. Tangan nya nampak seperti ada patah" Doktor Amyr meminta pegawai polis membuka gari seketika untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Gari dibuka....

Dr Amyr ditolak ke lantai. Pesakit tersebut terus pecut berlari ke arah pintu.

"Jangan bagi dia lari!"

Dr Amyr sempat mengejar pesakit tersebut sebelum dia sampai ke pintu. Sempat Dr Amyr menendang kaki pesakit sehingga dia jatuh. Tubuh gempal Dr Amyr digunakan dengan optimum untuk nenjatuhkan pesakit tersebut.

Pergelutan berlaku antara Dr Amyr dengan pesakit. Pegawai polis dan petugas kesihatan yang lain turut membantu.

"Snap, snap"
Pesakit tersebut cuba menggigit lengan Dr Amyr. Nasib baik dihalang oleh jam tangan besi jenama Casio nya. Jika tiada jam itu, habis kena gigit lengan Dr Amyr sehingga memerlukan jahitan.

Begitulah nasib seorang doktor di kecemasan. Malah bukan doktor sahaja. Jururawat, PPK dan PPP pun terdedah kepada risiko kecederaan fizikal. Rawatan pun kena bagi, kadang kadang kena jadi wrestler macam The Rock juga.

Setelah pergelutan berakhir, rawatan masih diteruskan. Segala luka telah dicuci. Ubat tahan sakit pun diberi. Akhirnya, pesakit terus dihantar ke lokap.

Dr Amyr pulang dari shift. Isterinya melayan dengan hidangan makan tengahari (walaupun dah pukul 3.30 petang).

"Eh Abang, tengok ni berita dalam Arowana. Jari Amyra Rosli hampir dijahit kerana buat kerja rumah. Kesian kan?"

OMG....Dr Amyr nak pengsan. Bila la kisah Dr Amyr hampir kena gigit pesakit nak masuk Arowana.




Suka cerita ini?
Share & tinggalkan komen di Facebook.com/MOfrust

You Might Also Like

1 comments

  1. Salam Dr.
    Saya sengih sorang2 baca cerita Dr. ni. Saya doakan Allah ikhlaskan niat Dr. terus merawat pesakit. Terima kasih Dr. Coretan Dr. ni pun a dose of medicine juga untuk orang macam saya.

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook