Manjakan Anak Biar Bertempat

8:10 AM



Manjakan anak biar bertempat.

Latih lah anak untuk berdikari dari kecil.
Bina self confidence anak - anak dari awal. Jangan semuanya kita buatkan. Biarkan anak membuat problem solving sendiri. Latih anak untuk berinteraksi dengan orang dewasa. Biarkan dia bertanya.

Apabila di restoran, minta anak buat bayaran. Setelah bil tiba, serahkan wang kepada anak dan minta dia serahkan kepada cashier. Ia akan membina self confidence.

Bila berjumpa doktor, kosongkan tangan nya dari permainan dan gajet. Minta si anak terangkan sendiri perihal penyakitnya. Kita bimbing dari belakang. Kita hanya perbetulkan jika tersilap kata. Latih anak untuk express themselves.

Jika anak hingus, berikan tisu untuk lap sendiri. Tak perlu kita yang lapkan. Sekali sekali, perhatikan sahaja bagaimana dia problem solving. Jika betul caranya, dia tidak segan bertanya orang di sekelingnya.

Apabila anak di bilik rawatan, cukup sekadar memantau dari luar. Sudah pasti anak yang tidak biasa bersendirian akan menangis apabila dikelilingi orang yang tidak dikenali (jururawat & doktor). Sudah pasti apabila dicucuk ubat atau diambil darah akan menangis bukan? Itu adalah normal. Jangan kita membuat expectations yang terlalu tinggi.

Latihlah anak dari awal menjadi seorang yang berdikari. Kuatkan jati diri anak - anak.

#sekadarluahan
#mintaviral



You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook