Buku Pengganti Gajet

2:15 AM

"Habis tu? Takkan nak biarkan anak duduk mati kutu tak buat apa - apa?! Sembang kencang boleh lah!"

Meh saya sembang lagi. Tapi tak kencang mana lah. Bila nak mula tarik gajet dari anak - anak, memang susah. Bukan susah sikit, susah gila. Anak saya meronta ronta menangis. Semua benda dibalingnya. Itu tiga tahun yang sudah. Sekarang, sudah terkawal.

Meh saya kongsikan apa saya buat.

1. KAHWIN

Bukan kawin lagi satu tau. Tapi kahwin orang yang betul. Ibu bapa perlu mempunyai agenda yang sama; membentuk anak menjadi insan yang baik. Tak boleh la mak tak bagi pakai iPad, tapi bapak bagi iPhone dekat anak. Kena la sama objektif. Kena la sama-sama usaha.

2. SLOW & STEADY 

Nak buat perubahan bukan boleh nampak hasilnya overnight. Nak nampak hasilnya akan mengambil berbulan - bulan. Malah mungkin setahun. Jangan letak expectations terlalu tinggi.

3. GANTIKAN GAJET DENGAN BUKU

Buku adalah pengganti gajet yang terbaik. Jadikan ia teman kepada anak - anak. Biar mereka ralit membaca & mewarna dari ralit melihat gajet.

"Dimana nak mendapatkan buku banyak? Bukan murah!"

Jika anda mampu membeli iPad atau tablet, anda pasti mampu membeli buku - buku untuk anak anak. Tapi di mana nak cari buku murah?

i. Big Bad Wolf

Anda pasti pernah dengar mengenai Big Bad Wolf (BBW) kan? BBW diilhamkan oleh sepasang suami isteri untuk menggalak rakyat Malaysia untuk membaca. BBW menawarkan buku-buku dari seluruh dunia dengan harga yang amat murah. Biasanya BBW diadakan di The Mines International Exhibition Center di Serdang. Walaubagaimanapun sejak beberapa tahun lalu, BBW juga diadakan di Ipoh, Pulau Pinang & Kuantan.

Di BBW, pergi ke bahagian kanak - kanak untuk mendapatkan buku mereka. Biasanya buku aktiviti berharga antara RM 5 hingga RM 20. Bawa anak anak pilih buku yang mereka suka.

Saya biasa nya akan bawa satu luggage bag bersaiz sederhana & akan borong satu beg. Rekod belian buku saya setakat ini adalah RM 440. 

Jangan risau, simpan resit itu untuk menikmati rebate cukai tahunan.

Stock buku dari Big Bad Wolf

ii. Jualan Buku

Kadang kala, kedai buku besar seperti MPH & popular mengadakan jualan buku. Ambil peluang untuk survey sendiri buku - buku yang dijual. Boleh dapat diskaun sehingga 50% jika kena waktunya.

4. REWARD SYSTEM

Saya beli buku sampai RM 440 tu bukan untuk dibaca sekali harung. Tapi, saya simpan stock untuk setahun.

"Kalau kakak solat, kakak dapat one star"

"Kalau adik tak nangis pergi school, mama kasi one star. Bila ten stars, adik dapat present. Nak tak?"

Biar anak - anak berusaha untuk buat perkara yang baik. Sediakan star chart untuk mereka letak sendiri 'star' mereka.

Letakkan star chart di tempat yang mudah dicapai & boleh dilihat seisi keluarga. Ia akan boost confidence level anak anak.

Present yang mereka dapat sudah tentu buku dari BBW. Tidak mengapa jika mereka tidak tahu membaca lagi. Berikan mereka activity book. Jangan sayangkan sangat buku yang diberi tu. 90% buku anak anak saya dah ada contengan dan koyak sana sini.

Star chart pink untuk Kakak

5. BED TIME STORY

Inilah masa untuk bonding.
Padamkan semua lampu bilik kecuali lampu membaca di sisi katil.
Minta anak pilih buku yang dia mahu kita bacakan.
Tuck everyone in bed.
Baca.
Kembangkan imaginasi anak anak.
Minta dia lakonkan apa yang dibaca.

"Miau, miau....Daniel jadi cat. Miau, miau"

Tak perlu lama. 5 minit pun dah cukup.

Lama kelamaan, minta kakak pula practice membaca kepada si adik.  Yang penting, ibu atau bapa mesti berada di sisi.



Semoga apa yang saya kongsikan bermanfaat.

Like jika best, share jika bermanfaat di Facebook.com/MOfrust

Article yang berkaitan:

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook