7:01 AM

Bagaimana perasaan anda apabila mendengar lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman di radio?
Pasti gembira bukan?



Tetapi untuk Pembantu Pegawai Perubatan (PPP) Kalai, lain pula perasaan nya.

Selesai menghantar pesakit ke Hospital Besar, Kalai serta PPK Mail & Pemandu Hafiz segera pulang ke Klinik Kota Lama. Sudah hampir 3 pesakit dihantar ke hospital sejak jam 10 malam tadi. Kalai mengharapkan tiada lagi kes yang perlu dirujuk ke Hospital.

Mereka tiba di Klinik Kota Lama pada jam 3 pagi.

"Siapa lupa padam lampu ni?" jerit Kalai.

Ruang kecemasan di Klinik Kota Lama terang benderang. Kalai pasti, semasa meninggalkan Klinik tadi semua lampu telah dipadamkan.

Krriiiikkkkkk....bunyi pintu dibuka.

Sejurus pintu dibuka, Kalai dapat bau wangi yang cukup kuat.

"Bau apa ni? Ada orang masuk sini ke tadi?" Kalai menyapa.

"Jangan tegur Kalai!" Encik Mail cepat cepat meberitahu Kalai.

Tiba tiba kedengaran bunyi dari radio yang terletak di ruang menyimpan alatan dressing.

"Balik kampung....oooh...balik kampung...oooh....balik kampung."

"Kenapa tiba tiba ni?” fikir Kalai.
Kalai perlahan lahan menghampiri radio tersebut, lalu memadam nya.

"Siapa la pulak buat hal ni Mail?"
Kalai menoleh untuk menyapa Encik Mail. 

Belum sempat beredar satu langkah, radio kembali mendendangkan lagu Balik Kampung.

Kalai pelik. Dia gegas mencari plug sumber elektrik radio berkenaan.
Plug langsung tidak disambungkan.
Ruang bateri pula kosong.

Sejurus kemudian, lagu terdapadam dengan sendiri. Lagu tadi diganti bunyi statik.

Bzzzzz.....bzzzzz....bzzzzz....

Disebalik bunyi statik kedengaran suatu suara garau....

....INI......TEMPAT.....AKU......

-Tamat-

You Might Also Like

1 comments

Follow Me on Facebook