Aku, Pesakit dan VIP

9:44 AM


Petugas kesihatan mesti dah biasa dengan adegan macam ni kan? Jerit - jerit. Nak itu ini.

"Aku ni kenal Dato KY Jelly"
"Nanti aku report dekat Dato' Pengarah"

Tak tahu la samada orang yang demand bagai ni pernah cuba bayangkan bagaimana orang lihat tindak tanduk mereka. Lihat sahaja clip ni. Orang keliling pandang jelik je. Cakap besar konon.

Pernah ada seorang pesakit datang ke Trauma Clinic di Jabatan Kecemasan. Ketika itu keadaan sangat sibuk. Masuk ke bilik rawatan, terus baring di katil yang baru sahaja dikosongkan.Terus disuruh Pembantu Pegawai Perubatan yang sedang membuat Toilet & Suturing ke atas pesakit lain merawatnya.

"Aku kenal Dato' Menteri Besar tau. Ni ha aku simpan nombor dia. Baik kamu rawat aku cepat - cepat!" jeritnya sambil menayang nombor telefon Menteri Besar di telefon nya. Entah betul entah tidak.

Apa jadi dengan Mamat ni? Terus blah macam tu sahaja bila ada polis bantuan buat rondaan sekitar klinik. Rupa - rupanya, dia terlibat dengan kemalangan akibat mabuk. Cabut, takut kena tangkap.

Ada lagi satu insiden, Dato' YB yang aku tak kenal tiba - tiba membuka tirai ketika aku sedang buat FAST scan di Zon Kuning.

"Doktor, saya Dato' ABC. Ini anak saya. Baik buat rawatan betul - betul."

Memang naik berang ketika itu. Tak bagi salam apa, pakai buka je tirai. Sedangkan pesakit tersebut baju dan seluar nya telah dicabut untuk mengenal pasti kecederaan yang dialami pesakit. Nasib baik anaknya sendiri. Kalau pesakit wanita lain, apa nak buat?

"Encik, saya nak buat kerja. Sila tunggu luar"
Nak marah buang masa sahaja. Tapi memang orang seperti ini tak layak nak dihormati. Nasib baik masih ada nilai Kami Sedia Membantu lagi dalam diri. Dah habis stabilkan anaknya, terus aku terangkan keadaan anaknya. Tapi masih tiada maaf baginya.

Kalau ikutkan hati, memang nak buat macam cerita ini. By the way, best ke Doctor Romantic ni? Aku ingatkan MOfrust je Doctor Romantik...
Chia chia chia (lawak hambar)

You Might Also Like

1 comments

  1. Lain Kali, Cuba jawab "saya datuk kepada cucu saya, Sila tutup tirai!" Blek;p

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook