TIGA TEKNIK UNTUK UNVIRAL fitnah di Facebook

5:29 PM



ALAMAK! Apa nak buat ni?
Saya dah share di Facebook kisah palsu pasal seorang doktor di klinik. Saya luahkan kata kesat dan kata dia lenggang kaki sebab buat saya tunggu lama. Dah la tak beri MC pulak tu. Lagi la baran!

Sekarang ni, pejabat kesihatan dah contact nak minta beri penejelasan. Nak buat soal selidik katanya. Nak jelas macam mana? Saya dah TOKOK TAMBAH cerita bagi terlajak laris?!
Di Facebook pun kena serang dengan geng kesihatan!

APA SAYA NAK BUAT NI?!!!!!!!!


 Meh sini baca TIGA cara paling popular untuk UNviral kan isu.

1. DELETE AKAUN FACEBOOK

Mudah je kan? Delete akaun Facebook, buat - buat takde apa - apa berlaku. Walaupun awak dah suruh "doktor Malaysia ni merangkak minta maaf kat akhirat nanti...".



Buat apa nak minta maaf kan? Lantak la apa saya nak kata. Tak payah bertanggungjawab pun dengan apa yang diperkatakan. Padam akaun Facebook, habis cerita. Hidup kembali aman dan bahagia. Lantak pi la staff hospital tu kena tanggung malu.


2. AKAUN KENA HACK



Jadi macam mamat ni. Pung pang pung pang dok habaq mai misi tak guna. Dalam Facebook cakap kuat tapi tak pikiaq pun hampa boleh je kejut misi tu minta tolong ambilkan baju.
Bila dah viral & kena counter balik, mudah je. Cakap akaun kena HACK.

"Semalam punya post bukan aku buat. Ada gang Anonymous hack aku punya Facebook. Aku pun tak tau pasai apa diorang target aku."

Kira boleh lepas tangan je macam ni kan?

3. TUKAR JANTINA

Ini teknik yang baru saya jumpa. Belum pernah lagi saya lihat kaedah ini sebelum ini. Tak nak kasi orang trace balik akaun Facebook kita yang telah di Screenshot, tukar je nama akaun dan jantina sekali. Baru hebat!


Bagus kan 3 kaedah ini?

Tapi sebenarnya, ada satu cara yang SANGAT MUDAH.


AKUI KESILAPAN DAN MINTA MAAF

Semua orang pernah buat kesilapan. Terima sahaja kesilapan yang telah dibuat. Buat permohonan maaf dan move on. Tak perlu sampai satu pihak perlu membuat laporan polis atau melantik peguam. 

Jika betul ada aduan yang kukuh, buat aduan secara formal. Beri kerjasama semasa siasatan dilakukan. Anda boleh membantu memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan yang diberi. 

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook