Penunggang Agama, Penghisap Darah

3:09 AM

“Nauzubillah, doc dan nurse yang berada dikalangan kita sekarang lebih percaya pada kajian orang kafir dari berpandukan Al Quran.”
Penunggang Agama

Abeben's Artwork

Sering kali ayat diatas diulang - ulang. Sama sahaja modus operandi scam (penipuan) perubatan dan juga scam pelaburan. Gunakan agama untuk meningkatkan keuntungan perniagaan masing - masing. Lihat sahaja Tok Belagak dan Mecca ISLAMIC fund. Adakah dalangnya orang KAFIR? Ataupun orang sesama Islam dan Melayu? 

Apabila mula dibongkarkan oleh individiu - individu yang mengesan kesalahan mereka, pembongkar ini akan di label sebagai pendengki umat dan saja tak nak kasi Melayu maju. Mungkin ramai juga lupa mengenai isu penggunaan pangkat Dato dan DOCTOR palsu. Sampai sekarang, tiada penjelasan yang telus walaupun telah terbukti menipu. Malah, masih mendapat sambutan pengikut – pengikut fanatic – “Tak apa lah, dia dah banyak bantu orang.”

Kali ini, bila ramai para petugas kesihatan yang lantang mempersoal mengenai produk dan perkhidmatan yang hanya bersandarkan testimoni para, petugas kesihatan ini dilabel sebagai perosak bangsa dan agama yang ingin maju.



HIV, Hepatitis, hypercholesterolemia, kencing manis dan darah tinggi. Semuanya boleh di UBATI.  Bila ditanya, bagaimana caranya?

“Oh, encik Z dah menghidap HIV dan telah pulih sepenuhnya setelah melalui rawatan kami. Dia rasa sihat semenjak berhenti mengambil ubat HAART.”

Bagaimana proses itu berlaku? Adakah ujian dibuat dimakmal yang diiktiraf?

“Kami tahu dia sudah elok. Badan nya rasa ringan.”

Boleh kami buat analisa bersama Institute of Medical Reseach dan Pakar Penyakit Berjangkit? Atau mungkin pihak puan boleh kongsikan data atau studies mengenai hasil tersebut.

“Inilah Melayu. Banyak sangat tanya. Jangan b*****t sangat boleh? Masih percaya Tuan kamu yang kafir! Masih nak sembang Tuhan Barat kamu tu!”

Ketahuilah, jika ikut hanya testimoni sahaja, kucing pun boleh bertanduk. Cara yang paling tepat untuk meneliti keberkesanan sesuatu produk hanyalah dengan berpandukan data. Jika berkesan pula, kita perlu pula lihat kesan jangka panjang dan juga kesan sampingan (side effects).  Proses kajian memakan masa yang amat lama untuk mendapat sample kajian yang cukup. Kos memakan jumlah berjuta – juta Dollar.

Kalau bab ubat, senang pula label semua ubat tu bahaya. Semua ubat yang diberi adalah PAINKILLER. 
Bahaya untuk buah pinggang. 
Bahaya untuk perut.  
Lantaklah ubat kencing manis ke, darah tinggi ke, hematinic ke; SEMUANYA PAINKILLER! 

Sedangkan istilah ‘painkiller’ pun tidak difahami, apatah lagi dimana ubat tersebut akan terserap, organ mana ubat dipecahkan (metabolized). Pasti lagi huru hara ilmu nya. 

Tetapi, apabila bab cucuk jarum ‘direct’ ke salur darah tidak mengapa pula. Lupa terus bab BAHAYA dan KESAN SAMPINGAN.

Tak takut pula;

AIR EMBOLISM – kepulan udara yang boleh menyebabkan angin ahmar (stroke) dan masalah jantung

THROMBOPHLEBITIS – jangkitan kuman di salur darah

INFECTIVE ENDOCARDITIS – jangkitan di injap jantung yang boleh menyebabkan kegagalan jantung (heart failure)

BLOOD BORNE DISEASES – HIV dan Hepatitis yang boleh disebarkan akibat jarum yang tidak dibuang dengan betul.

HEPARIN – jika tersilap dos, boleh menyebabkan pendarahan yang banyak.

"Taka pa…ini semua anak bangsa seagama yang hasilkan. Pasti Halal Toyyiban."
"Memang la tiada kajian. Inovasi baru ni!"

Oh, kalau macam ni tak mengapa pulak jadi bahan kajian atau lab rat. Bila doktor berikan ubat yang dah berpuluh tahun menunjukkan kesan positif keatas majoriti populasi dunia –“itulah cara KAFIR meracuni umat manusia”

Sedar lah.
Fikirkan lah.
Siapa yang sebenarnya mengaut keuntungan berlipat ganda? RM 500 untuk satu sesi? Kos rawatan dialysis pun tak semahal itu.

Tak mengapalah. Biarkan lah diri terpedaya dengan kekayaan orang lain. Bila dah ada kes kematian atau komplikasi nanti, jangan lupa cari balik pengusaha yang dah kaya raya. Diorang banyak duit. 

You Might Also Like

3 comments

  1. kesimpulannya Melayu ramai yg bodoh (kurang pendidikan formal)..sbabtu benda2 cmni byk jd kt org melayu..pelahap ubat2 MLM majoriti melayu..Me-Layu

    ReplyDelete
  2. saya rasa ini bukan masaalah melayu sahaja. memang bangsa lain cina dan india pun menghadapi masaalah ini. sebenarnya ini di panggil penyakit bodoh. di kalangan kaum cina pun ada sinseh yang tipu. berlagak alim. memang hairan ramai masyarakat yang mudah.di tipu.

    ReplyDelete
  3. saya rasa ini bukan masaalah melayu sahaja. memang bangsa lain cina dan india pun menghadapi masaalah ini. sebenarnya ini di panggil penyakit bodoh. di kalangan kaum cina pun ada sinseh yang tipu. berlagak alim. memang hairan ramai masyarakat yang mudah.di tipu.

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook