Nilai Seorang Jururawat

8:13 PM

Coretan dari Jururawat Terlatih. Semoga tak jadi MISIfrust.

BEL NAWHEN: Nilai Seorang Jurutawat Yang Sering Dinafi

Ramai rupanya yang seolah-olah tidak nampak atau tidak tahu Jururawat itu pun punya hati dan juga perasaan tiap kali dipersoalkan berkaitan amanah yang dijalankan sehabis baik.

Ramai juga tidak lihat bagaimana bersungguh mereka ini memastikan penjagaan maksima kepada ibu-ibu hamil mahupun berpantang serta bayi-bayi mereka supaya dapat mengelakkan mereka dari mengarang surat berkajang-kajang jika berlaku apa-apa risiko kepada ibu-ibu ini.

Ramai juga tidak senang melihat Jururawat 'bersenang lenang' sebentar di wad setelah kelelahan berhadapan 'ribut' di cubicle mereka. Yang mereka nampak, Jururawat tidak buat kerja.



----

Semasa kecil dulu, sering Bel melihat seorang misi menaiki motor, melawat rumah ke rumah, melawat ibu berpantang, memberi nasihat berkaitan penjagaan ibu dan anak kepada orang-orang dikampung. Bel akan panggil "Misi Nani, Misi Nani". Misi  Nani akan angkat tangan dan memberikan senyum mesranya. Apabila pergi ke klinik pula, Misi Nani akan memberi layanan First Class kepada setiap ibu dan anak-anak mereka. Misi Nani tak nampak mengeluh/merungut tatkala membuat lawatan kala panas terik. Mala tidak merungut jika ada yang datang melewati waktu rehatnya.

Tetapi kini? Kita nak datang pula dihalang-halang. Takut tergerak nasi di periuk ke?

Memetik kata seorang sahabat;.
Zaman nabi dulu,tetamu sangat di alu2 kan. Nabi sambut dan layan tetamu walau musuh sendiri.
Org kita - siap kutuk tetamu, padahal tetamu tu dtg nk rawat dan menjaga kesihatan dia..

----

Semasa disekolah pula, Misi Gigi, Misi Injet bahu pula datang. Misi Gigi ajar kami cara gosok gigi yang betul, dari depan kebelakang, dari atas kebawah. Misi Injet pula, akan injet kami ubat anti penyakit...Yang katanya boleh beri 'kekuatan' dari jangkitan kuman...Iye..TIADA seorang ibu bapa pun REFUSED for vaccine at that time. Yang refuse hanya kami budak-budak kecik kerana omokan jarum akan patah bila meronta-ronta ataupun makin nakal kamu, makin besar jarum yang akan digunakan..


----

Sebelum menjadi pelatih jururawat, Bel kerap menjaga Makcik yang admit ke Wad di hospital Melaka. Bel melihat bagaimana Jururawat di Hospital melakukan tugasan mereka. Melayan kerenah pesakit yang manjalitis, melayan kerenah relatif yang nak datang melawat tak kira masa. Belum lagi melayan kerenah doktor pelbagai disiplin yang datang melakukan review terhadap pesakit. Bel sendiri diberitahu oleh seorang kakak Jururawat semasa itu.

"Kalau diberi pilihan, akak tak nak jadi Jururawat dik. Sebab akak berhutang banyak masa dengan keluarga. Akak bukan orang sini".

-----

Menjadi pelatih pula, Bel banyak belajar bermacam benda. Bagaimana empati dan simpati perlu wujud apabila berdepan dengan pesakit yang tidak kelihatan wujud dimata anak-anak mereka. Bagaimana ada ibu/bapa yang memegang erat tangan Bel sewaktu mahu discharge kerana akan 'kehilangan' layanan istimewa dari jururawat yang ibarat anak-anak pada mereka. Bel jugak belajar erti nilai kasih sayang antara suami isteri yang telah lewat usia. Utuh kasih mereka tidak berbelah bagi. Menahan lelah tatkala turut membantu dalam melakukan procedure mandi lap serta tukar pampers bersama kami. Kata pakcik itu.

"Tangan makcik yang bancuhkan kopi dan teh pakcik, rahim makcik yang kandung dan lahirkan anak-anak pakcik, badan makcik yang penat menahan letih menguruskan rumahtangga, anak-anak dan makan minum pakcik. Bagaimana pakcik nak hidup tanpa makcik? Bagaimana pakcik nak merasa jijik dalam menguruskan isteri pakcik sendiri. Kalau dapat nak, biarlah saat2 akhir makcik kau ni, tangan dan khudrat pakcik yang turut menyumbang dalam meringankan deritanya"

(Berbeza dengan pasangan masa kini, sekatil boleh, tetapi bila sakit, jadi lupa, seolah yang sakit itu tidak pernah berkongsi katil dengannya)

Bel melihat bagaimana kedatangan kami sebagai pelatih dapat memberi sedikit masa/peluang kepada Jururawat di wad-wad tersebut lari sebentar untuk mengisi perut/membasahkan tekak manakala kami mengambil tempat mereka membantu proses perawatan dibawah kemampuan kami.

Bel sendiri pernah mengikut lawatan kerumah semasa menjadi pelatih, panas terik tak kami hirau kerana kami teruja untuk melawat rumah ibu-ibu yang baru melahirkan itu. Suatu pengalaman baru bagi kami. Bel puji sangat disini apabila ibu-ibu berbangsa lain seperti Cina dan India yang mampu membezakan halal dan haram serta najis yang sedia kita tahu sebagai muslim harus dielak-elakkan. Mereka tahu bahawa kami melawat dengan tujuan mahu memantau keadaan anak-anak mereka. Mereka jamu dengan air kotak kerana kata mereka, mesti kami penat dari rumah-kerumah melawat dan melihat satu persatu ibu dan anak-anak di kawasan tersebut.

Bel pernah melihat seorang Jururawat yang sudah sampai Due nya, kerja seperti biasa, TIDAK melakukan light duty, malahan bersama menolak pesakit bagi tujuan transfer katil sampailah ketubannya pecah!!. Staff Nurse itu sendiri pergi mendaftar masuk ke wad dengan berjalan kaki. Sempat lagi beliau berpatah balik ke wad untuk 'pass over' tugasannya yang tertangguh tadi.

-----

Menjadi seorang Jururawat pula memang menguji tahap kesabaran Bel sebagai seorang manusia. Baru Bel tahu, indah semasa di zaman basic tak seindah di zaman pekerjaan. Semua tanggungjawab terletak dibahu sendiri. Segala perawatan diberi; jika tanpa hitam putih ibarat menggantung leher sendiri. Siapa mahu back up kita kalau bukan kita kan?

Tiada istilah nak bercuti ikut suka kau. Tiada istilah nak beraya ANYTIME dan EVERY YEAR.
Belajar untuk bertimbangrasa denfan rakan-rakan lain.
Belajar untuk tidak mementingkan diri sendiri. Walau apa pun jadi, pesakit adalah keutamaan.

Kami bukan malaikat maut yang boleh mengambil nyawa pesakit bila-bila masa sahaja seperti yang diomok-omokkan oleh sesetengah masyarakat zaman sekarang.

Bukan Bel tak pernah merasa tidak sempat berbuka puasa saat 2 pesakit sekaligus 'collapse' tika azan maghrib baru sahaja berkumandang. Bukan tidak menitis air mata tatkala berkesempatan menghirup air saat pulang dari kerja. Baru berbuka puasa jam 9 malam!!

Bukan juga Bel tak pernah merasa erti membawa bekal tetapi tidak berkesempatan untuk menjama sedikit pun, sudahnya, bekal basi, ke tong sampah sudahnya ia.

Bukan juga tak pernah Bel mendengar rungut si kakak bila cakap "Mommy asyik work je!!. Dinie nak pergi rumah Mama!!"
Hampir-setiap-hari kerana kurangnya masa yang Bel beri kepada anak sendiri berbanding ibu saudara yang menjaganya. KECIL HATI? TERASA? Sudah pasti!!! Wang bukan segala-galanya untuk kami seperti yang kalian dok laung-laungkan!! Tapi kasih sayang anak-anak yang seolah semakin menjauh.

Bukan juga tak pernah menangguhkan urusan scan baby tatkala reduce fetal movement semasa sedang mengikut round pakar. Bukan tidak risau, tetapi urusan kerja melebihi keperluan diri sendiri.

Menjadi Jururawat ini merupakan pilihan ibu Bel sendiri; tujuannya adalah untuk melihat anaknya ini ada kerjaya yang tetap selain mampu membantu masyarakat tak kira waktu. Bukan tiada yang cakap, 'untunglah anak kau jadi Jururawat; senang kau nanti'. Tapi susah kami dulu ade yang nampak?

-----

Bel mahu bertanya; puas sudahkah hati semua apabila mengata Jururawat di Malaysia ini? Apa yang tidak kena pada kami? Apa dosa yang kami sudah lakukan?

~ Jika Dosa kami kerana melakukan rawatan kerumah, pilihan ada ditangan anda. Anda boleh pilih untuk tidak membenarkan kami melakukan perawatan menyeluruh kepada anda.

~ Jika Dosa kami kerana kelihatan menghias diri semasa bekerja, tutuplah mata dari melihat kami. Kami tidak minta sesen pun wang anda untuk berhias. Lepas ni boleh claim pengecualian cukai bagi tujuan melawa pula.

~ Jika Dosa kami kerana LULUS temuduga SPA, itu bukan dibidang kuasa kami. Kami berusaha; lulus cemerlang setiap periksa yang ada, pastikan buku 'cross' dipenuhkan setiap  semester. Bukan kamu yang tolong kami lulus exam kan?

Jangan diungkit-ungkit tentang cukai yang kalian bayar; macamlah kami ini tak bayar cukai. Bukan sebab RM1 anda kami memberi layanan tak sempurna, tapi nawaitu anda untuk mendapatkan service hospital sebenarnya.

------

Letih..
Penat..
Masyarakat dah semakin hilang hormat, bukan sahaja kepada Jururawat Cabuk seperti kami; malahan kepada Perawat-perawat lain.
Terbalik pula; mereka yang mahu dihormati. Iyelah.. Masyarakat Lebih Tahu kan..

Notakaki;

Jika tak mahu menjadi Jururawat, berhentilah, ramai lagi yang BOLEH menjadi Jururawat.
Tetapi, berapa ramai yang lulus temuduga sebagai Jururawat? Berapa pula yang lulus 'temuduga' tahan jijik dan geli semasa menjaga ahli keluarga?

#HashtagBelNawhen
#SayaJururawat

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook