Lif

6:49 AM

Periphery call. Wad High Dependency Unit (HDU).

Kriinng, kriinng, kriinng...kriinng, kriinng, kriiing...

Telefon dalam bilik rehat doktor berbunyi. Jam 1 pagi.

"Dr. Ariff, pesakit katil 4 dah bersedia untuk dimasukkan darah. Doktor kena periksa darah ni dahulu"  

Misi dari wad High Dependency Unit meminta aku untuk memeriksa bekalan darah sebelum proses transfusi darah dimulakan.

Aku masih ingat pesakit di katil 4. Minah namanya. Umur dalam lingkungan 60 tahun. Akibat dari penyakit osteoarthritis di kedua belah lututnya, Puan Minah telah mengambil ubat penahan sakit dari kategori NSAIDs (non-steroidal anti inflammatory drugs) dalam kuantiti yang berlebihan. 3 kali ganda dari dos yang disarankan. Akibat daripada pengambilan NSAID yang tak terkawal, Puan Minah mengalami Perforated Gastric Ulcer. Lapisan perut (gaster) Puan Minah menjadi terlalu nipis sehingga ia bocor dan berdarah.

Puan Minah berjaya menjalani pembedahan 24 jam yang lalu dan kini berada di High Dependency Unit untuk pemantuan rapi. Kandungan darah, haemoglobin-nya hanya 6.5 g/dl. Masih terlalu rendah baginya. Puan Minah memerlukan transfusi darah untuk memastikan jantungnya dapat berfungsi dengan baik. Keadaan hemoglobin rendah yang berpanjangan boleh mengakibatkan kegagalan jantung atau heart failure.


************************

Perjalanan untk ke HDU bukan lah dekat. Kalau ikutkan hati, memang tak mahu pergi. Disebabkan kekangan doktor siswazah yang bertugas, aku terpaksa bergilir menjaga pesakit di wad 17 bersama Dr. Jessica. Untuk sampai ke HDU, aku perlu berjalan 500 meter. Aku perlu redah hujan rintik dan perlu melepasi blok F yang memang cukup menakutkan. Dr. Daniel baru kena kacau kelmarin

Aku berhati - hati dengan setiap langkah yang aku ambil. Senyap sunyi keadaan di hospital ketika itu. Tidak ada satu jasad pun yang bergerak. Setiba aku di hadapan, aku dapat dengar bunyi tangisan bayi-bayi dari tingkat 3 blok F. Aku segera mengambil langkah yang lebih panjang. 

PECUT!!!!

 ************************

Sampai juga aku ke Blok H. Ada lagi satu halangan sebelum aku sampai ke wad HDU. HDU terletak di tingkat dua Blok H. Aku ada dua pilihan. Panjat tangga atau menaiki lif. Memandangkan aku masih tercungap-cungap akibat memecut membelah angin, aku memilih untuk menaiki lif. 

Aku memasuki lif dengan tenang. Terus aku menekan butang 2. 

Ting....
Ting...
Ting... 
Ting...
Ting...

"Kenapa sampai ada 5 deringan ni?!" Aku kalut. Jantung ku berdebar. Apa yang berlaku ni? Deringan lif hanya berbunyi pada setiap tingkat yang dicapai. Blok ni hanya ada TIGA TINGKAT. Kenapa sampai LIMA KALI bunyi deringan?

Perlahan - lahan aku pandang keatas. Aku lihat nombor yang terpampang diatas pintu lif.

5

Krreeeekkkkk......krreeeekkkk




Bunyi seretan pintu lif memecah kesunyian malam. Pintu lif terbuka perlahan - lahan. Aku tak dapat nampak apa - apa. Hanya kegelapan. Lampu lif tiba - tiba berkelip - kelip. Meremang bulu roma ku. Cepat - cepat aku tekan butang tutup.

Klik...klik...klik...klik...aku tekan sepantas degupan jantung ku. 

Tiba - tiba, lampu lif terpadam. 

GELAP GELITA
SUNYI SEPI

Aku berada di suatu tempat yang TAK WUJUD.
Aku di TINGKAT 5 bangunan yang hanya ada TIGA TINGKAT.

Dooooommmm.....doooommmm....dooommmm
Lif bergegar.....



You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook