Lif 2: Transfusi

8:36 AM

Lampu lif kembali menyala. Pintu lif tertutup dengan sendiri.

Ting...

Sekelip mata aku sudah berada di tingkat 2. Apa yang berlaku sebentar tadi? Aku kaku. Minda ku masih memproses apa yang telah berlaku.

"Hah, Ariff! Awat dok dalam lif tu lagi? Bila nak keluaq?" jerit Dr. Syafiq.

"Nak dekat 10 minit kot aku tunggu lif ni nak bukak pintu. Ingatkan rosak tadi. Tak sangka pulak hang kat dalam ni."

Aku masih terjegat di dalam lif. 10 minit bagaikan 1 jam.
1 jam dalam kegelapan.
1 jam dalam ketakutan.

"Aku...aku...kena kacau tadi Syafiq..." tersangkut sangkut aku menjawab teguran Dr. Syafiq.

"Biaq betul. Main - main je hang ni. Nah, aku dah settle check blood patient katil 4.Dah start transfuse dah pun. Nanti hang tengok progress dia macam mana. Aku nak pi tidoq pulak."

Dr. Syafiq menyerahkan nota pesakit kepada ku dan terus berlalu.

******************



Puan Minah nampak stabil, tetapi masih anemic. Matanya tertutup. Nasal prong tergantung rapat dihidungnya membekalkan oxygen dengan kadar 3 liter seminit.

Tekanan darah: 100/60
Kadar nadi: 95 seminit
Kadar Oxygen (SpO2): 98% 
Transfusi darah berjalan lancar

Tiba - tiba....

Puan Minah mengangkat menggenggam tangan lengan kanan ku.

"Doktor Ariff.....Doktor Ariff..." 

Macam mana pesakit ni boleh kenal aku? Aku belum pernah memperkenalkan diriku kepadanya. Selama ni aku hanya tahu mengenai kes beliau melalui passovers dari rakan yang lain.

Genggaman Puan Minah makin kuat.
Mukanya menoleh ke hadap aku. Matanya melihat kebelakang aku. Terbeliak biji matanya.

"Doktor Ariff....DIA NAK DARAH. DIA NAK DARAH!" 

Jari telunjuk kanannya menunjuk - nunjuk kearah belakang ku. Hanya ada tingkap tertutup yang menghadap ke pokok rendang di luar bangunan.

Aku kaku. Apa perlu aku buat ni?
Ada 'benda' ke di belakang aku?

Perlahan - lahan. Aku toleh ke belakang...

Aku dapat lihat suatu bayang pantas bergerak di sisi mataku. Hanya bayang hitam.
Sepantas bayang itu menghilang, Puan Minah melepaskan genggamannya. Matanya kembali pejam.

Jantung ku berdegup pantas. Apa yang telah berlaku?

Perlahan - lahan aku beredar ke kaunter jururawat. 

"Kenapa ni doktor? Semacam je tengok?" tanya Jururawat Aishah kepada ku.

Aku hanya memandangnya. Nak senyum pun tak boleh. Nak berkata apa - apa pun tak boleh. Aku lantas duduk di kaunter jururawat. Aku menghabiskan masa oncall ku di kaunter jururawat. Tak berani nak menaiki lif. Tak berani nak melalui jalan senyap sunyi ke wad 17.

**************

1700 HRS. Akhirnya, oncall ku berakhir. Masa untuk punch out dan pulang ke rumah. Aku nak lupakan saja apa yang berlaku malam tadi. Esok lusa giliran aku oncall lagi. Sekarang masa untuk rehat cukup - cukup.

2000 HRS. Aku baru tiba ke rumah sewa ku. Sepanjang harini aku rasa lenguh di bahu. Tak tahu kenapa. Tiada pula aku mengangkat berat yang banya. Seperti biasa, selepas mandi aku akan menimbang berat badan untuk menilai kemajuan aku mengurangkan berat badan.

85 KG

"Eh, kenapa berat aku boleh bertambah sampai 15 kg? Mesin ni rosak kot."

Aku mengangkat kepala aku untuk melihat semula cermin di bilik mandi....perlahan - lahan.

Tuuuupppp.....

LAMPU TERPADAM


TAMAT...

...Shutter

You Might Also Like

1 comments

Follow Me on Facebook