BILIK ONCALL

9:47 AM

0300 HRS. Wad F3. Bilik oncall doktor.

"Daniel....bangun...."
"Daniel....bangun...."

Aku tiba - tiba terjaga.


*********************

Sudah jam 5.00 petang. Beransur - ansur rakan housemen ku yang lain meninggal kan wad F3. Tepat jam 5.01 petang, bermula lah sesi on call aku pada hari ini. Semua kes telah di pass-over kepada aku. 

Katil 3 - review ujian darah jam 7 malam. Pastikan semua result sedia ada sebelum Dr. Bong buat night round.
Acute beds - make sure bayi - bayi review sebelum bermula night rounds. 
Discharge summaries - mana yang rasa dah boleh discaj esok, prepare siap siap.
Cendol dalam peti ais pantry....jangan lupa habiskan.

Ni baru minggu pertama aku in charge untuk on call di wad F3. Wad neonatal. Agak pelik juga wad ni. Wad F3 terletak di Blok F. Di hujung ceruk hospital. Ia adalah salah satu wad yang paling lama di hospital tersebut. Dah la dekat wad lama, banyak pula pokok rendang dan misteri di keliling Blok F. Yang bertambah pelik lagi, wad ini terletak di tingkat 3. Dua tingkat yang bawah di jadikan stor, manakala tingkat bawah (ground floor) adalah wad sementara untuk ortopedik. Bila nak naik lif ke tingkat 3, memang meremang bulu roma. Nak panjat tangga ke tingkat 3 pun mengerikan juga. Ruang tangga yang gelap dan kecil membuatkan aku memecut tanpa memandang ke atas atau ke tepi setiap kali menggunakannya.


Gambar hiasan

************************

Wad round bersama Dr Bong selesai jam 10 malam. Sebelum jam 12, aku dah selesai segala ward work yang perlu dilaksanakan. Cendol dalam peti ais pun dah habis dipulun.

"Doktor pergi la rehat dulu. Apa - apa karang kami kejut. Pukul 5 dah start kena ambil darah NNJ (neonatal jaundice)" jerit staff nurse Shida.

Betul juga. Kena rehat. Esok pagi, jenuh nak cucuk 20 tangan - tangan bayi yang baru satu hari umurnya. Nampak kejam bukan? Tapi sample darah penting untuk dikaji supaya tahap bilirubin (tahap kuning) tidak melebihi paras bahaya. Kesan kernicterus terhadap otak boleh menyebabkan kecacatan tetap (permanent disability) terhadap perkembangan bayi.

Belum sempat aku baca 3 'kul', aku terus terlelap dibuai mimpi....

*****0300 HRS*****

"Daniel....bangun...."
"Daniel....bangun...."

Aku terjaga dari tidurku yang lena. Mata ku melihat ke siling bilik.
Ada suara memanggil ku. Bunyinya nyaring....dan ia betul - betul di sebelah telinga kanan ku. Dekat sangat bunyinya. Dan aku dapat dengar bunyi nafas...orang...atau makhluk itu.

"Daniel....bangun...."
"Daniel....bangun...."

Aku pejam semula mataku. 

"Biar kacau je, jangan sampai kasi aku nampak."

Baru aku nak melafazkan ayat Kursi...

Grrummmm....grruummmm.....scratchh.....dummm
Krrreeeeekkkkkkkkk......dummm.....dummmm

Katil ku bergegar kuat. Seperti ada orang yang menggegarkannya. 
Aku masih memejamkan mata. Berharap....berharap agar semuanya akan berhenti dan makhluk tersebut akan pergi meninggalkan aku.

Grrummmm....grruummmm.....scratchh.....dummm
Krrreeeeekkkkkkkkk......dummm.....dummmm

Tiba - tiba senyap. Sunyi. Aku terdengar tangisan bayi bayi di luar bilik.

Tiada lagi suara yang memanggil namaku.
Tiada lagi gegaran.

Aku cepat -cepat bangun. Lantas, terus berlari keluar dari bilik oncall. Aku dapat dengar bacaan ayat suci Al Quran dimainkan melalui telefon bimbit staff nurse Shida. Disamping itu, aku dapat dengar hampir semua bayi dalam wad menangis serentak.

"Kenapa ni Kak Shida? Baby semua menganis. Akak pula pasang MP3 Al Quran ni." ujarku kepada staff nurse Shida.

"Pukul 3 tadi, tiba - tiba semua baby menangis doktor. Kami dah check semua baby. Vital signs semua OK. Biasanya kalau macam ni ada benda kacau. Tu yang pasang MP3 Al Quran ni." jawab Shida. 

"Kenapa doktor?"

Pagi tu, aku terus duduk sahaja di kaunter misi. Hatiku berdebar sehingga ke pagi.  Muka ku pucat. Ketakutan.

Sejak daripada insiden ini, aku akan hanya berehat di kaunter misi sahaja. Aku tak berani lagi berehat di bilik oncall F3. Aku hanya tinggalkan beg sewaktu bertugas dan terus chow. Setiap kali aku pandang ke arah Blok  F3, meremang bulu roma aku.

Jaga - jaga bila tidur di BILIK ONCALL wad F3.


BERDASARKAN KISAH BENAR

You Might Also Like

2 comments

  1. Hahah..bila naik lif di malam hari n terbukak kat tingkat 2 yg xda org pn scary dah..

    ReplyDelete
  2. Baca location wad pun dah seram, apetah lagi kalau kena gegar katil.

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook