TUDUHAN MELAMPAU DI LAMAN SOSIAL

9:48 AM

Come on la. Tak sangka di zaman teknologi maklumat masih ada orang macam ni. Tak pasti la dia pakai apa tulis komen ni. Mungkin dia tak tau siapa yang hasilkan Facebook dan Internet ni. Tak percaya Yahudi bagai, tapi tak nak baca buku betul - betul supaya boleh memperkasakan  bangsa, agama dan negara. Lebih mudah untuk blame orang lain atas kebodohan sendiri.



Apa yang boleh kita rungkaikan dari 3 screenshot ini?

1. KALAU SAKIT SAMPAI NAK MATI PUN TAK HINGIN DATANG HOSPITAL

Anda mungkin tak 'hingin' nak datang hospital dan menuduh petugas kesihatan sebagai 'pembunuh' berlesen, tapi kami di hospital di bidang perubatan TIDAK BOLEH MEMILIH PESAKIT. Malah, kami BERTANGGUNGJAWAB merawat setiap individu tanpa prejudis. Bahkan, pembunuh yang sebenar pun kami perlu rawat dengan telus dan ikhlas.

Walaubagaimanapun, jika anda nak teruskan menuduh kami sedemikian, tak mengapa. Pilihan mendapatkan rawatan ada di tangan anda. Kami tidak boleh memaksa sesiapa yang befikiran waras untuk mendapatkan rawatan.Cuma saya minta, jika apa - apa yang tidak diingini berlaku, jangan lah membuat tuduhan bahawa petugas kesihatan tidak menjalankan tugas. Walau apa pun jadi, KAMI SEDIA MEMBANTU.

2. INI LAH MUKA PENJILAT, RASUAH DLL.

Tolong lah pakai otak betul - betul. Cuba jangan berburuk sangka sangat. Bezakan antara POLITIK dan KERAJAAN. Tidak kira apa pun berlaku kepada pemerintah, petugas kesihatan, akan tetap menjalankan tugas. Orang sakit tidak kira bangsa, agama atau aliran politik. Begitu juga petugas kesihatan. TIADA PREJUDIS.

Rasuah? Orang Yahudi pun tak rajin fitnah macam ni. Hulurkan bukti kepada SPRM. Tangkap siapa yang terima dan memberi rasuah. Kami pun tak suka orang yang merasuah. Tapi kadang -kadang orang Malaysia ni pelik, kuat berhujah mengenai rasuah, tapi bila kena cekup dengan polis di jalan raya sibuk pulak nak beri rasuah. Nasib baik ramai Abang Polis yang berintegriti di luar sana. 

3. TIDAK PERNAH LAGI VIRAL KORANG SELAMATKAN NYAWA

Nak tau kenapa? Sebab orang yang dah berjaya diselamatkan lebih suka bersama orang yang tersayang. Mensyukuri setiap saat yang diberi Tuhan untuk terus hidup. Yang tak berapa reti nak bersyukur ni yang tak henti - henti ber Facebook, WhatsApp dan Instagram. Sikit je nak viral. 

Contohnya macam ni;



Udah teruk bebenor ke kamu ni? Henpon melekat kat mulut ngan tangan ke? Tak reti ke nak cakap elok - elok. 

"Misi, boleh tolong ambil kan baju tak?"

Ini idak, tangkap dulu, kasi viral, baru PIKIOR (fikir) balik. Oooops, silap; account dia kena HACK. Kesian.

Yang baik - baik memang SUSAH SANGAT nak viral. Saya dah try. Bila tulis dengan hati yang jitu dan berjiwa murni, siapa pun tak nak like and share. Tulis merepek sikit, wow wee! Laju je kome.

*Penulisan di atas TIDAK MENGGAMBARKAN polisi atau pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia. Segala isi kandungan adalah pendapat penulis semata - mata.

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook