Koleksi Aduan Basri: Siri 1

8:58 AM

SIRI 1: DOKTOR KURANG AJAR

Basri membawa isterinya, Murni, ke Jabatan Kecemasan. Basri dan Murni bakal menimang cahaya mata yang pertama. Kini Murni sudah 14 minggu mengandung. Murni tak berhenti muntah dan loya sepanjang hari. Sebagai suami yang sweet, Basri terus membawa isterinya ke Jabatan Kecemasan untuk medapatkan rawatan. Murni kelihatan sedikit dehydrated. Kandungan air dalam badannya telah banyak hilang akibat muntah yang tak henti - henti.

Sekadar hiasan. Perut Murni tak sebesar ini
Setelah mendapatkan keterangan yang secukupnya dari Murni, Dr Khairi merumuskan bahawa kemungkinan besar Murni mengalami Hyperemesis Gravidarum. 

"Nak confirmkan diagnosis, saya kena dapatkan sample kencing sikit ye puan." 
Dr Khairi menerangkan kepada Murni prosedur seterusnya.

"Tapi doktor, saya tak rasa nak kencing lagi." jawab Murni.

Ketika ini, Basri keluar seketika untuk ber 'fogging' seketika.

"Takpe puan, cuba dulu. Saya berikan drip dahulu." Dr Khairi menjawab dengan senyuman.

*****************************************

Basri kembali kepangkuan isterinya yang murni. Dah hampir 10 minit dia menunggu.

Apa ke jadah nya ni? Takde buat apa pun staf ni. Dok ulang alik tengok pesakit lain. Ko dah kerja dekat belah Zon Kuning ni buat apa pergi belah Merah tu. Bodoh ke apa?

Basri berfikir sejenak.

Sambil menunggu, Basri menyelak nota yang ditulis doktor dalam nota pesakit (BHT). Terang - terang tertulis di muka hadapan SULIT. Sepatutnya rekod hanya boleh dilihat oleh petugas kesihatan yang bertanggungjawab ke atas Murni sahaja.

Patient unable to PU. To hydrate patient first, then obtain UFEME

Entah mamai ke apa, Basri melihat ...to PU. To hydrate... seperti PUI. Mungkin juga tulisan Dr Khairi terlalu hodoh sehingga T nampak seperti I. Seperti bunyi orang ludah....PUUIII. Walaupun maksud PU itu hanyalah pass urine atau kencing.

Badan Basri mula rasa panas akibat salah faham nya itu. Basri menganggap Dr Khairi ni kurang ajar dengan menulis PUI dalam nota perubatan isterinya!

Nak kena doktor ni!!!!



***********************************
Beberapa minit kemudian, Dr Rahman tiba untuk menyemak pesakit yang ada di Jabatan Kecemasan. Pakar kecemasan yang hebat perlu sentiasa pantau anak - anak buah nya.

Tiba giliran Murni untuk dilihat.

"This patient complaints of...." 
Dr Khairi menghuraikan perihal keadaan kesihatan Murni kepada Dr Rahman. Kena la MO present case kepada pakar.

Tapi belum sempat Dr Khairi menghabiskan ayatnya...

"CILAKE PUNYA DOKTOR! Ko cakap isteri aku ni COMPLAIN banyak?! Meh aku lempang sekali. Dah la ko tulis PUI dekat dalam tu."


Semua orang terpinga - pinga. Apahal tiba - tiba mengamuk ni?
Kerana sikapnya yang nak tunjuk gangster, Dr Rahman cepat - cepat memanggil pegawai keselamatan untuk membawa Basri keluar.

Akibat ugutan Basri untuk melempang Dr Khairi, Dr Khairi bertindak membuat laporan polis.
Apa yang dia dapat hari ini? 

Dapat malu depan orang ramai sebab cuba pandai - pandai jadi bijak nak buat andaian buruk terhadap petugas kesihatan.

Murni menangis tak henti - henti kerana terpaksa berada di Jabatan Kecemasan keseorangan tanpa suami di sisi.

Dapat kes polis yang boleh berlanjutan sampai tempoh yang lama.


*Semua watak adalah ciptaan semata - mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook