FITNAH TERHADAP STAF KESIHATAN

9:16 AM

ISU_FITNAH_DR_NAZIHAH

Nampaknya kali ini Abam MOfrust terlambat nak komen pasal isu yang hangat melanda Malaysia...on social media at least.

Untuk yang masih blur mengenai apa yang terjadi, let me take you back in time to end of August 2016. Oooops, tertulis English pulak, nanti ramai yang panas.


Saudari Fairus Cda Mohd Nasir, telah memuat naik status diatas di Facebook setelah suaminya yang MACHO telah terLUPA (kot) minta MC dari doktor. Kononnya doktor tu memaki suaminya kerana minta MC.

Tapi pelik la pula, MC dapat juga. Rawatan pun dapat. Yang lagi pelik pula, SEMUA STAF SOKONGAN YANG KOMEN menunjukkan Dr Nazihah Hassim ni bukan jenis yang meninggikan suara. OK la, mungkin ada yang cakap; mesti la nak support boss & kroni. Tapi cuba fikirkan, jika doktor tu memang yang jenis lepas cakap & maki - maki tak tentu pasal, mesti ada staf yang akan kata;

"Doktor tu memang macam tu!"
"Entah apa - apa doktor tu, menyampah ai"
"Biar padan muka doktor tu, bueeek!"

Tapi TAKDE LANGSUNG!

Nak lagi best, ada insider information kata semasa pesakit disoal siasat cerita ubah habis 360 degrees. Dr Nazihah takde maki atau keluarkan apa - apa kata kesat. Pulak dah!

OK la. Let's leave it to that. Harini, ada pula makhluk yang bernama SUAMIKU ISTERI (Aku pun pening...macam mana suami dia boleh jadi isteri?) up status ni.


Tapi kejap je la. Awal pagi sebelum punch in, aku sempat komen. Lepas habis kerja tengok dah hilang. Dah kena DELETE. Mungkin kena hack ke (alasan typical), aku pun tak tau. Basically, it is NOT A SINCERE APOLOGY. Kenapa?

1. Nama asal takde. Come on la, SUAMIKU ISTERI?!

2. Takde asal usul cerita.
Contoh camni la. Abu pinjam basikal Johan. Abu pergi wheelie basikal sampai terbabas masuk longkang. Habis total loss basikal Johan. Tapi Abu pergi bagitau Johan; 

"Weh, tadi ada orang curi basikal ko la. Masa tu aku dah letak dah kat depan pintu rumah ko. Aku tak bertanggungjawab."

Raya tahun depan, Abu tiba - tiba bagitau Johan "Weh, minta maaf ye. Kita dah kosong - kosong kan"

3. Tak VIRAL langsung.

Tapi lepas tu ada la pulak orang komen;

"Dah minta maaf tu sudah la. Mula la tu nak bongkak. Mentang - mentang la duit banyak. Professional pulak tu. Nak pakai lawyer pulak eh."

Realitinya, para petugas kesihatan dah tahap tak tahan dah. Semedang je kome dok bantai kami ni. Tengok la kes - kes yang pernah MOfrust highlight.


Ingat lagi cerita ni? Yang di tulis ni berdasarkan kisah benar. Meh tengok sendiri mamat yang terlibat komen pakai kuasa minda dia.



Ingat lagi kisah ni?

Jenuh nak explain kat pakcik sorang ni. Berdebat lagi dengan seorang Pakar Kecemasan. Last - last dia minta maaf. Tapi paling tak tahan, dia ada mention nak buat VIDEO MOHON MAAF KEPADA PARA DOKTOR JIKA TERBUKTI BERSALAH. Tapi habuk pun takde! Janji tinggal janji.


Yang ni paling EPIC. 


Who can forget this lady? Dapat la famous sekejap. Tapi beberapa jam kemudian dia tukar nama lain. Tup tap tup tap, delete dah account. Entah mana la dia merangkak nak minta maaf kat doktor yang dia fitnah.

See? Baru aku revise TIGA insiden. Banyak lagi kalau nak diikutkan. Tapi apa response so far? Semua tak kisah. Janji dapat viral. Bukannya nak buka mulut tanya. Minta penjelasan. Terus viral. 

Nak saman menyaman ni, takde siapa nak. Petugas kesihatan pun bukan ada duit sangat nak upah lawyer. Tapi things have to stop somewhere. Kena set a demarcation. Kalau dah sampai confidentiality and privacy petugas kesihatan senang - senang nak viral, kena la ada someone to put a stop to this.

You Might Also Like

1 comments

Follow Me on Facebook