Que Patah

5:16 AM

BERDASARKAN KISAH BENAR

"Apa buat kerja macam gamp**** ni?! Buta ke? Patah besar tu pun tak nampak!" 
Lokman jerit sambil mencampak X ray ke Dr. Kamal.

Jelas kelihatan terdapat kepatahan; distal end radius fracture
Dr. Kamal bingung. 
Apa yang telah dia lakukan sehingga Lokman boleh mengeluarkan kata kesat. 

Radius fracture from BoneAndSpin.com

"Minggu lepas doktor tengok anak saya. Kata takde patah, tapi apa ni? Kenapa boleh patah? Doktor bodoh ke apa hah?"

Belum sempat Dr. Kamal cuba ingat semula kes ini, terus kena sedas.

"Sekejap encik. Biar saya baca balik apa yang berlaku minggu lepas. Saya akan trace balik X ray yang saya buat minggu lepas." Dr. Kamal cuba untuk keep his cool walaupun dalam hati dah panas membara.


******************SEPULUH HARI YANG LALU*********************

Nur Qasih Cinta Hati Manja Binti Lokman, atau nama manjanya, Que telah jatuh ketika bermain di taman permainan. Fall on outstretched hand (FOOSH). Tangan kiri nya cuba untuk break her fall mengakibatkan ia patah. Terdapat sedikit bengkakan pada awal nya. Lokman, segera membawa Que ke klinik kesihatan berdekatan untuk pemeriksaan.

Image from The Royal Children's Hospital, Melbourne


Setelah Dr. Kamal memeriksa Que, dia berpendapat terdapat kebarangkalian untuk berlakunya kepatahan. Dr. Kamal meminta untuk X ray dibuat. 
Dr. Kamal meneliti X ray tersebut. 
Lama X ray film tersebut ditenang. 
Dr. Kamal tidak berpuas hati.

"Vishva, you dulu MO ortho kan? Come have a look at this X ray. Got any fractures or not?" 
Dr. Kamal bertanya kepada Dr. Vishva. Masing - masing meneliti film tersebut. Masih tidak kelihatan sebarang fracture. 

"Better we ask Dr Joe's opinion" 
Dr Vishva, mencadangkan kepada Dr. Kamal. Dr Joe adalah seorang Pakar Kesihatan Keluarga di klinik tersebut.

"X ray looks OK. But we better treat it like a fracture. Better be safe." 
To be on the safe side, Dr. Joe membentangkan plan of management.

1. Apply back slab in view of swelling
2. TCA 1 week to repeat X ray and reassess swelling.
3. Provide adequate analgesia (Sy. PCM 15mg/kg)

Dr. Kamal menerangkan kepada Lokman dengan terperinici mengenai keadaan Que. 

"Setakat ini, X ray tidak menunjukkan patah tetapi lebih baik kita anggap seperti ada patah berdasarkan cara Que jatuh dan juga bengkak di lengannya. Saya akan berikan panadol sebagai penahan sakit manakala tangan ini saya akan letakkan simen separuh sahaja. Kurangkan pergerakan tangan kiri Que. Encik faham tak?"

"Baik doktor" Lokman mengangguk tanda faham.

"Ni borang untuk X ray ulangan dan ini surat temujanji. Jangan lupa datang tau." 
Dr. Kamal menerangkan lagi.

Dr. Kamal menulis dengan lengkap apa yang diterangkan dalam kad pesakit. Seperti sedia maklum, kes kepatahan banyak melibatkan kes saman menyaman.

*****************************HARI KEDUA****************************

"Papa, susah la pakai simen ni. Nak mandi pun tak boleh" Que meminta supaya simen dibuka.

"OK la, bukak je. Doktor tu pun bengong je. Macam takde pengalaman. Dah X ray takde patah, takde patah la. Meh papa bawak jumpa dukun urut" 
jawab Lokman.

Lokman pun membawa Que ke dukun urut. Perit juga Que diurut oleh Tok Dukun. Menangis dibuatnya. 

"Hah, tak payah dah pakai simen tu. Buat susah je. X ray pun tak payah nak buat. Buat bahaya je. Nanti mandul anak kamu ni. Panadol tu pun buang je. Karang kamu letakkan pengeras dekat dalam kotak tu. SERATUS RINGGIT tau!" 
Tok Dukun memberi consultation nya sendiri.

An awesome Photshopped pic of Dukun Urut 

**********************************************************************

UBAT DIBUANG.
SIMEN DI KOYAKKAN.
TEMUJANJI YANG DIBERI DIABAIKAN.
IKUT SAJA ARAHAN TOK DUKUN.
Ia lah, Tok Dukun bayar RM 100. Doktor picisan hanya bayar RM 1. Mesti servis pun entah apa - apa kalau bayar murah sangat.

***********************************************************************

Dr. Kamal menunjukkan X ray pertama yang dibuat kepada Lokman.
Jelas kelihatan perbezaan yang ketara berbanding X ray terkini. X ray terkini menunjukkan terdapat patah yang sangat ketara. Tulang jelas nampak membengkok.

"Kenapa Encik Lokman tanggalkan simen?"
"Kenapa Encik Lokman tak bawa Que hadir tiga hari sudah?"
"Que ada jatuh lagi sekali ke?"
"Que ada dibawa pergi mengurut ke?"

Bertalu - talu Dr. Kamal mengajukan soalan kepada Lokman sehingga Lokman mengaku membawa anaknya berjumpa Dukun Urut.

"Nah, ini surat rujukan ke klinik pakar tulang. Bawa sekali dua X ray ni. Jangan lupa untuk beritahu mengenai insiden urut tempoh hari"

TIADA permohonan maaf kepada Dr Kamal. 
TIADA senyuman kepada Dr. Kamal.
TIADA pengakuan bahawa tindakan Lokman sendiri yang  mengakibatkan tangan anaknya lebih teruk.
TIADA post viral di Facebook mengenai kesilapan Lokman
TIADA post viral di Facebook mengenai Dukun Urut yang memberi rawatan yang SALAH, MEMBAHAYAKAN dan MAHAL.


You Might Also Like

2 comments

  1. nk yg trbaik utk ank jd sebaliknya pula.

    ReplyDelete
  2. Sama mcm case emma sooden yg nk sue hospital labuan...

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook