MISIKU SADO

9:25 AM

TV DRAMA HAS DONE IT AGAIN!


Semasa ada orang share mengenai KE-AKAN-DATANG-AN telemovie MISIKU SADO, ku sangkakan ia hanya troll yang dibuat oleh medical staff selepas kekecewaan menonton kisah Kapten Mukhriz. Tapi rupa - rupanya memang betul ada cerita ini.

Biasanya memang aku tak layan cerekarama di kaca televisyen. Kali ini aku memang teringin nak tengok, tetapi TV telah di conquer oleh anak - anak yang nak menonton Teletubbies. OK la, bapa mithali terpaksa mengalah.

Tapi pada jam 11 malam tadi, aku dihujani mesej WhatsApp yang menununjukkan beberapa adegan yang tidak masuk akal dalam MISIKU SADO.



Call ambulance 9-1-1....9-1-1 tau!



Scene di mana ada orang pengsan. DUA kali repeat kepada seorang gadis cantik untuk call 9-1-1.

SEMBILAN - SATU - SATU

SEMBILAN - SATU - SATU


TIGA kali awek tu call tak dapat!
Memang la sampai esok pun tak dapat. Sepatutnya 999.

SEMBILAN - SEMBILAN - SEMBILAN!



Sambil tu MISI SADO duk buat chest compression macam uli tepung. Kiraan pun sangat relax. Mungkin sebab terlalu sado, takut patah pulak tulang rusuk tu. Tapi secara magiknya, pakcik tu boleh revive. Macam takde apa - apa berlaku. Pakcik tu relax je.

OK la. This is just a rant. Banyak kali dah rant pun, sama je. Lagipun, ini kan kisah fiksyen. Tak perlu nak emosi sangat.

Walaubagaimanapun, aku sangat - sangat berharap lepas ni boleh dapatkan fakta yang sebenar dulu. Dapatkan khidmat nasihat yang betul. Kalau nak depict a certain profession, dapatkan nasihat dari orang yang ahli. Jangan pakai hentam saja.

Nak lebih emo pun tak boleh juga. Hasil drama luar negara pun kadang - kadang sama teruk juga.



Mungkin lepas ni ada cerita Doktor Ku Boroi, I Lap You.

You Might Also Like

7 comments

  1. org2 asia bt cerita camtula..xleh lawan la cite House

    ReplyDelete
  2. Saya kenal penulis skrip ni. She did her best to write the story, just the actor who delivered it wrong. HYPOTENSION jadi hypertension. Chest compression dah dibuat dengan ada nurse sebenar assist, but again, the actor delivered it wrong. Scriptwriter bukan pengarah cerita. So then jangan salahkan skrip 100%. Drama/filem orang putih berjaya sebab bukan setakat skrip kuat. Tapi pelakon yang buat research.

    ReplyDelete
  3. Saya kenal penulis skrip ni. She did her best to write the story, just the actor who delivered it wrong. HYPOTENSION jadi hypertension. Chest compression dah dibuat dengan ada nurse sebenar assist, but again, the actor delivered it wrong. Scriptwriter bukan pengarah cerita. So then jangan salahkan skrip 100%. Drama/filem orang putih berjaya sebab bukan setakat skrip kuat. Tapi pelakon yang buat research.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Teori semasa menonton cerita ni semalam pakcik yang pengsan dgn misi sado berpakat pengsan n misi sado berlakon membantu utk memikat heroin..
    N yang hypotension tu memang misi sado tu sebut hypotension,kalau xsilap subtitlenye yang salah tulis :-)

    ReplyDelete
  6. Absolutely hilarious memes! On point. So gonna share this.

    "Sampai besok pun tak dpt.." 😂

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook