Kencing Manis Pakcik Razak Yang SIKIT

10:03 AM

KENCING MANIS PAKCIK RAZAK

"Kencing manis ada SIKIT je"

Itulah jawapan yang diberi oleh Pakcik Razak (bukan nama sebenar) apabila aku cuba mendapatkan sejarah penyakitnya (comorbids). Pakcik Razak seorang pesara kerajaan yang tinggal di Kampung Betik. Jarak rumahnya dari klinik terdekat adalah 10 km. Mobiliti tidak menjadi masalah kepada Pakcik Razak memandangkan beliau masih mampu memandu kereta Waja-nya.

"Macam mana pakcik dapat tahu pakcik ada kencing manis?" 
Aku cuba mendapatkan lebih banyak maklumat.

"Sebelum Raya haritu (seminggu lalu), pakcik masuk ICU. Seminggu duduk ICU sebelum dapat ke wad biasa. Masa tu la dapat tahu pakcik ada kencing manis." terang Pakcik Razak.



Aku mula was - was mengenai kencing manis Pakcik Razak yang "SIKIT" ini. Takkan la kencing manis sikit boleh masuk ICU. Things doesn't add up.

"Boleh pakcik terangkan sikit apa berlaku?" aku cuba korek lagi sejarah admission Pakcik Razak.

"Masa tu pakcik tak sedar diri. Awal - awal tu badan rasa cramp. Perut rasa sakit. Satu hari muntah je. Kencing pun banyak. Dah banyak hari masuk ICU baru pakcik sedar. Doktor ada kasi ubat INSULIN masa saya discaj. Cucuk empat kali. 24 unit rasanya. Tapi pakcik cucuk SEKALI je. ORANG CAKAP tak elok cucuk - cucuk ni."

Aku pun terus meminta staff nurse Farah untuk mendapatkan bacaan gula (capillary blood sugar) Pakcik Razak.


25.4 mmol/l
DUA PULUH LIMA perpuluhan EMPAT!

Itulah dia BOMB SHELL.

Kemungkinan besar Pakcik Razak dimasukkan ke ICU kerana HYPEROSMOLAR HYPERGLYCEMIC STATE (HHS); keadaan dimana sel - sel dalam badan menjadi kering akibat kandungan gula dalam darah menjadi terlalu tinggi. Akibatnya, fungsi badan akan menjadi kucar kacir dan boleh menyebabkan koma (comatose) dan kematian.

He survived once, he may not survive again.

"Pakcik faham tak mengenai keadaan pakcik?"

Katanya sebelum pulang ke rumah dah nak muntah dia dengar mengenai kencing manis. Dari doktor pakar hingga la doktor siswazah (housemen). Diabetic nurse pun dah jumpa. Pegawai farmasi pun dah terangkan mengenai pentingnya insulin yang tepat dan tanda - tanda hypoglycemia.

Aku cuba terangkan lagi...

"Cukup doktor. Saya datang sini bukan nak ubat kencing manis. Saya datang sini sebab cramp cramp kaki ni. Doktor ada ubat ke tak?"

Aku cuba terangkan kepada Pakcik Razak yang cramp di kaki mungkin tanda awal keadaannya akan bertambah teruk. Aku cuba memujuk untuk dirujuk ke hospital terdekat.

"Saya boleh uruskan untuk Pakcik dihantar ke hospital menaiki ambulans. Saya risau keadaan pakcik akan bertambah tenat. Di sini, saya hanya ada kelengkapan asas. Nama pun mobile clinic."

Pakcik Razak berkeras tak mahu ke hospital. 

Apakan daya. Dengan berat hati aku mengeluarkan borang AOR discharge. DISCHARGE AT OWN RISK. Aku tidak boleh bertanggungjawab dengan tindakan pakcik sendiri. Segala yang patut diterangkan aku telah terangkan. Aku perlu mencatat segala yang diterangkan. Aku tak mahu dituduh tidak menjalankan tugas dengan baik oleh waris.

****************************************************

Aku pulang ke rumah masih memikirkan mengenai kes Pakcik Razak.
Apakah yang bermain difikirannya?
Nak kata sukar nak ke hospital, ambulans ada.
Nak kata dia tak faham mengenai komplikasi yang boleh dialami, dia baru keluar dari ICU.
Kos rawatan?...pesara kerajaan tak perlu bayar apa - apa.

Apakan daya, Pakcik Razak telah membuat keputusan. Informed decision.

Aku pelik juga. Sepanjang bertugas sebagai pegawai perubatan, aku dah lihat pelbagai jenis kemudahan disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Klinik Kesihatan ada di mana - mana. Tambahan lagi, di beberapa negeri terdapat perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di mana pegawai perubatan beserta staf dan kemudahan yang lengkap pergi ke lapangan untuk memberi rawatan secara PERCUMA. Di Sabah dan Sarawak, bot yang dilengkapi kemudahan Klinik akan menyusuri sungai dan persisir pantai untuk memberi kemudahan kesihatan. Di Perak pula, Unit Pasukan Udara bersedia untuk ke pedalaman Pahang dan Kelantan untuk bertemu pesakit di kawasan 
yang sukar dicapai kenderaan darat. Pasukan Udara juga terdapat di Sarawak untuk kemudahan masyarakat di pendalaman.

kpkesihatan.com
Kemudahan kesihatan yang ada bukan lah PERFECT. Memang ada cacat cela nya. Tetapi aku masih bingung mengapa kemudahan ini tidak digunakan sebaik mungkin. 

Hospital adalah tempat untuk merawat penyakit yang dah teruk. Tempat dimana rawatan intensif akan diberikan.
Klinik pula adalah tempat untuk merawat dan juga MENCEGAH daripada penyakit yang sedia ada daripada menjadi lebih teruk. Di sini juga PENCEGAHAN penyakit TIDAK BERJANGKIT (non communicable disease) seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan barah (cancer) dilakukan.

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook