Zaharin: Finale
11:30 PM<CEREKARAMA HUJUNG MINGGU>
Pengakhiran Trilogi Blockbuster JANGAN JADI ZAHARIN
oleh Dr Abdul Rahman Abdul Kadir
Baca episod 1 dan 2:
Jangan Jadi Zaharin 1
Jangan Jadi Zaharin 2
---------------------------TRILOGI ZAHARIN: PENGAHIRAN--------------------------
Kini Zaharin semakin meluat. Segala-galanya kelihatan salah di matanya. Dia melihat beberapa doktor muda sedang memegang dan membaca handphone mereka. "Jilaker....masa kerja pun boleh main Candy Crush," bisik hati kecil Zaharin.
Zaharin terdengar salah seorang dari doktor muda tersebut menyebut "Setan" apabila Zaharin lalu di sebelahnya.
Zaharin berang dan memaki doktor muda tersebut!
Doktor muda tersebut kerkejut dan bertanya kenapa Zaharin memarahinya.
Zaharin menjerkah dengan berkata, "Ko ingat aku tak dengar ko sebut SETAN bila aku lalu sebelah ko? Aku tak pekak la wey!!!"
Doktor muda tersebut cuba menjelaskan kepada Zaharin,
"Eleh...nak cover le tu. Yahudi - yahudi memang kaya dengan tipu muslihat. Apa punya doktor korang ni? Nama ubat pun tak ingat?!!! Ni mesti sijil beli ni" kata Zaharin dengan sinis lalu terus beredar dari situ.
*************
Kini ibu mertua Zaharin telah dimasukkan ke ICU. Zaharin bertambah geram melihat ada peraturan waktu melawat yang khusus di ICU. Jika dikecemasan boleh jugak jenguk - jenguk, (walaupun guard - guard kerap juga menghalau)...kini di ICU lebih ketat lagi dan hanya dua orang saja boleh melawat mengikut giliran. Ziarah orang sakit ini adalah satu ibadat, tapi hospital Yahudi ini menyekat orang Islam dari melakukan ibadat ziarah.
Alasan diberi kononnya takut kuman!
Zaharin mengintai dan kelihatan seorang jururawat sedang duduk tidur dengan kepalanya tersandar di meja.
Zaharin cepat - cepat mengeluarkan handphone dan snap gambar staf yang curi tulang tersebut. Ini bahan untuk viral! Jilaker...makan gaji dengan duit rakyat tapi tidur time kerja!
Zaharin tidak peduli apa - apa lagi. Dia mahu post segera ke Facebook gambar - gambar curi tulang tersebut. Aisey...takde line internet. Zaharin berjalan - jalan mencari line 3G. Dalam hatinya macam biasa memaki hamun pemerintah kerana tidak menyediakan perkhidmatan broadband yang bagus.
Zaharin bergegas keluar dari bangunan demi mendapatkan line 3G! Dia mesti mevirulkan perkara ini ke media sosial! Status - status sebelumnya telah viral habis dan Zaharin semakin glamer. Zaharin juga dilantik sebagai admin page Masyarakat Memang Tak Tahu oleh Abu Nanah, Mat Despatch genius yang menjadi idola Zaharin selama ini. Zaharin semakin menuju mercu populariti di alam maya.
Tiba - tiba Zaharin terdengar bunyi hon yang kuat dan selepas itu terus tidak sedarkan diri.
TAMAT
DR ABDUL RAHMAN ABDUL KADIR
Cerita adalah rekaan semata - mata. Cerita ini adalah berdasarkan kerenah - keranah masyarakat yang petugas hospital selalu bertemu.
*Edisi yang di publish adalah EDITED & CENSORED VERSION
5 comments
hahaha..slalunya melayu yg perangai camni..bangagng..semua Yahudi..tp kaum lain ada jgkla
ReplyDeletethe best cerpen trilogy eva!!
ReplyDeleteMentaliti msyrkt skrg woo..seyes.
ReplyDeletemati ke zaharin?????? hahaha.. perangai mcm haram
ReplyDeletemati ke zaharin?????? hahaha.. perangai mcm haram
ReplyDelete