Jangan Jadi Zaharin Bahagian 2

9:48 PM

<CEREKARAMA HUJUNG MINGGU>

Sambungan dari kisah blockbuster JANGAN JADI ZAHARIN 1
oleh Dr Abdul Rahman Abdul Kadir

JANGAN JADI ZAHARIN BAHAGIAN 2

Zaharin tidak senang hati melihat status doktor pakar tersebut. Dia park di tempat doktor pakar itu bukan atas kesilapannya. Dia terdesak. Mak mertua tengah koma tu wey! Takkan tak faham kot keadaan dirinya. Kalau parking berlambak ada kat spital, tak hingin dia park kat situ.
Ni semua salah pemerintah! Tak siapkan parking yang mencukupi untuk rakyat.

Zaharin pada mulanya risau tapi kini tenang kembali. Statusnya memaki hamun hospital dan staf telah viral dalam sekelip mata. Page - page terkemuka seperti Sembilang Kaloi, Oh Bintang, Pen Hijau, Roti Krim dan beberapa page gossip popular lain telah share status Zaharin. Status doktor pakar tersebut tidak dishare oleh mereka.

Zaharin berasa bangga. Dalam peperangan media sosial ini, dia mempunyai sokongan yang kuat dari rakyat hakim negara yang serba tahu.
Status doktor pakar tersebut tak ke mana.



Mata Zaharin beralih kepada suasana sesak di ruangan menunggu di Jabatan Kecemasan. Begitu ramai orang menunggu hingga tiada kerusi untuk duduk.

"Jilaker punya kerajaan. Dah la parking tak cukup, kerusi nak duduk pun tak boleh nak siapkan," Zaharin berkata2 seoarang diri.

Zaharin semakin marah. Dia melihat lelaki yang berdiri di sebelahnya. Dia pun merungut, "ramai betul orang sampai takde kerusi!"
Lelaki tersebut turut mengiyakan dengan berkata keadaan itu tidak patut terjadi. Zaharin semakin bersemangat dan mula berborak - borak rancak bila jumpa geng sekapal. Macam biasa, sebarang masalah menimpa mereka akan dipersalahkan pada pihak hospital, kerajaan dan Perdana Menteri.

Borak punya borak, akhirnya Zaharin bertanya lelaki tersebut, "Apa sakit awak? Kenapa mai tempat teruk ni?"

Lelaki tersebut berkata, " Oh! Saya tak sakit bang. Anak buah yang sakit. Doktor suspek TB. Tu yang mai datang teman."

Zaharin pun berkata, "Saya pun mai teman orang. Mak mentua saya koma. Doktor suspek pendarahan dalam otak. Selama ni elok je bila amal ubat homeopati. Mai spital hari ni terus berdarah otak. Teruk betul ubat moden ni. Ubat homeopati gak terbaik!"

Rakan baru Zaharin mengangguk- angguk sambil bersetuju dengan hasil rumusan Zaharin.

Zaharin bertanya sahabatnya, "Mai teman anak sedara sorang saja ka?"

Lalu rakannya berkata,

"Tak lah...Saya mai dengan orang rumah. Pak mentua dgn mak mentua pun ada sekali. Yang kat sebelah sana tu ipar saya. Sepupu sepapat belah bini ada kat belakang tu. Jiran dengan ketua kampung pun on the way ke sini."

Zaharin bertambah berang. Dengan begitu ramai pelawat, Jabatan Kecemasan hospital mangkuk ayun ni tak boleh siapkan kerusi dan tempat yang selesa untuk mereka. Betul - betul menyusahkan para rakyat hakim negara.

Zaharin melihat jam di tangannya. Sudah hampir 5 jam dia tersadai di Jabatan Kecemasan. Ibu mertuanya dikhabarkan terlalu kritikal untuk dibedah. Jadi hanya akan dimasukkan ke ICU saja untuk rawatan konservatif.

Zaharin tidak berpuas hati. Selama ini ibu mertuanya elok sahaja dengan ubat- ubat homeopati. Mai saja hospital dan terima rawatan kali ini terus doktor dah kata pendarahan otak yang teruk.
Ini semua salah perubatan moden Yahudi. Teringat Zaharin akan kata - kata doktor homeopati popular yang dipercayai zaman berzaman,

"Perubatan moden memang agenda Yahudi, Zionis, Rockerfella, Freemason, Illuminati, NWO untuk membunuh umat Islam." 

Benar bahkan benar belaka. Ibu mertua Zaharin adalah testimoni terbaik. Betapa agenda Zionis telah memusnahkan hidup mertuanya dan kini telah koma hanya menunggu ajal.

Zaharin bertambah geram. Dia lantas mencapai senjatanya iaitu handphone. Terus ditaipnya status Facebook yang mengutuk perubatan moden dan memuji perubatan homeopati. Zaharin post di page Masyarakat Memang Tak Tahu yang dikendalikan Abu Nanah, seorang Mat Despatch yang lebih berilmu dan hebat nasihat perubatannya berbanding pakar perubatan. 6 jam saja Google pasal kelahiran anak, dia sudah mengaku lebih pakar dari doktor sakit puan moden. Genius tahap dewa! Memori fotografik dan seperti komputer!



Seperti dijangka, sekejap saja postingnya menjadi viral kembali. Berduyun - duyun  Facebookers meneruskan ritual harian mereka iaitu dengan memaki hamun para doktor perubatan moden dan memuji homeopati dan perubatan alternatif.

Abu Nanah berkata, sakit2 tenat seperti yang dialami ibu mentua Zaharin boleh dirawat mudah dengan hanya menyapu madu, habbat dan susu ibu. Lebih menarik, doktor homeopati peribadi kepercayaan zaman berzaman Zaharin yang cuba dihubungi sejak semalam tiba2 menelefon Zaharin kembali. Katanya dia terbaca status Zaharin di page Masyarakat Memang Tak Tahu.

Zaharin marah - marah dengan menyatakan kekesalan bahawa doktor homeopati itu tidak dapat dihubungi ketika saat genting.

Doktor homeopati tersebut berkata, ini semua suratan takdir. Allah tak izinkan dia dapat dihubungi. Zaharin akur kerana dia seorang yang beriman pada qadar Allah.

Dia menceritakan apa yang terjadi kepada ibu mertuanya kepada doktor homeopati tersebut. Doktor tersebut terkejut dan turut kecewa. Tidak sepatutnya terjadi seperti itu katanya. Ibu mertua Zaharin hanya hypoglycemia (kurang gula saja) pada asalnya kata doktor homeopati tersebut. Kini telah menjadi pendarahan otak dek ubat kimia hospital. Ini bukan takdir Allah. Ini adalah salah perubatan Yahudi dan Zionis.

Zaharin mengangguk - angguk dengan perasaan geram yang membuak - buak. Takkan apa yang berlaku pada ibu mertuanya kena disalahkan pada takdir. Ini bukan salah Tuhan! Ini salah Yahudi dan balaci - balacinya yang berupa para doktor perubatan.

Notification Facebook Zaharin semakin bingit.
Zaharin melihat begitu ramai likes dan shares status Facebook Zaharin. Hatinya berbunga - bunga. Sokongan majoriti adalah bukti dia berada pada kebenaran. Ramai2 mereka memaki hamun perubatan moden dan hospital secara berjemaah. Macam biasa, perubatan kafir dipersalahkan sambil dipuji menggunung perubatan homeopati yang syumul Islamnya.

Tiba - tiba Zaharin terbaca salah satu komen di status tersebut,

"Tapi kan...perubatan Homeopati pun berasal dari kapir jugak. Asal dari German. Takde pulak konspirasi Yahudi????"

Zaharin kaget melihat komen tersebut. Hatinya tersentap. Betulkan perubatan homeopati juga dari kafir? Namun dia lega apabila membaca deretan maki hamun kepada empunya komen tersebut oleh para rakyat hakim negara yang maha mengetahui.

Ikuti pula Finale Zaharin

DR ABDUL RAHMAN ABDUL KADIR

Kisah ini tiada kaitan dengan yang hidup dan mati. Personaliti Zaharin dan rakan - rakan nya adalah fictional tetapi dapat dilihat oleh firstliners (petugas di Klinik, Jabatan Kecemasan dan lain - lain) di serata Malaysia.

You Might Also Like

9 comments

  1. Great drama. Luv it.. looking fwd to hear more doc. #kkmstaff

    ReplyDelete
  2. Great drama. Luv it.. looking fwd to hear more doc. #kkmstaff

    ReplyDelete
  3. the best drama ever!!!! explicitly describing current situation in Malaysia. I loike!!!

    ReplyDelete
  4. Cemas tunggu sambungan part 2 ni smalam.. cayalahhh esp when it comes from a doctor. Nora kasi 10 oh bintang!

    ReplyDelete
  5. Cemas tunggu sambungan part 2 ni smalam.. cayalahhh esp when it comes from a doctor. Nora kasi 10 oh bintang!

    ReplyDelete
  6. hahahaha..kimek tul Zaharin ni..geng2 Suhaimie ni..

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook