Doktor Kaki WhatsApp

8:58 AM

Kisah berikut BUKAN kisah benar. Kisah ini hanya ingin mengetengahkan cabaran yang dilalui petugas kesihatan dalam menangangi isu VIRAL.



Julia seorang houseman yang bertugas di wad medical 3B. Sejak mula masuk shift petang tadi, beliau belum lagi sempat menjamah makan malam yang telah di tarpau petang tadi. Beliau baru menyelesaikan urusan kemasukan pesakit yang ketujuh sejak jam 6 petang tadi.

Jam menunjukkan jam 11 malam.
Julia menerima satu personal message melalui WhatsApp dari John, rakan setugasnya di wad 2B.

4 kemasukan wad.
2 pesakit krititkal yang memerlukan CPR.
1 pesakit yang menanti bantuan alat pernafasan. Buat waktu ini, hanya boleh memberi pernafasan secara manual; MANUAL BAGGING.



Kalau ikutkan, Julia tak perlu pun pergi. Bukan tugasnya pun. Beliau hanya bertanggungjawab ke atas wad 3B. Tetapi oleh sebab semangat setiakawan sesama rakan doktor yang berhempas pulas menjaga pesakit di wad, Julia turun ke wad 2B untuk memberi bantuan.

Tanpa melengahkan masa, Julia mengambil alih tugasan memberi bantuan pernafasan kepada pesakit di acute bed 1. Dianggarkan lebih dua jam Julia perlu manual bag pesakit tersebut sebelum tiba ventilator. Maka Julia pun mengambil kerusi dan duduk dekat dengan kepala pesakit bagi memudahkan kerjanya.

Langsir ditarik untuk menjaga privacy pesakit memandangkan keadaan wad seperti zon perang. Misi dan doktor ke hulu ke hilir untuk menyelamatkan dua lagi pesakit yang lain.

BP: 100/70 mmHg
Pulse rate: 140 bpm
SpO2: 100%

Kadar oxygen dalam badan 100%. Bagus, kadar pernafasan dan pemberian oxygen masih elok. Walaubagaimanapun, denyutan jantung terlalu pantas. Apakah sebab tachycardia?

Lapar. Dahaga. Kepenatan. Panas.

Julia, mengeluarkan telefon pintar nya untuk memberitahu Abu dan Christy dalam WhatsApp group HO 3B bahawa dia berada di wad 2B.

"Kalau ada apa - apa, find me at Acute Bed 1 in 2B tau."

Tiba - tiba....



SNAP!!!!!!

TUP TAP TUP TAP.....

SHARE....

VIRAL-KAN...

POLIS - MENTERI - KASTAM - IMIGRESEN

Sila ambil tindakan ke atas doktor ini. Buat kerja sambil lewa sambil buka WhatsApp.
Sebab dia leka, oxygen makcik saya sudah sampai 140%. 
SERATUS EMPAT PULUH PERCENT! 
Lebih sangat tu.

TAHNIAH. Tuan punya Facebook page ini telah berjaya menjadi viral.
Apakah kesannya?

1. Kebodohan nya semakin terserlah. Oxygen saturation tu, paling power pun 100%.

2. Orang tegur kena sound balik. Maka, tak ramai lah share. Facebook anda melambangkan peribadi. Kalau pung pang pung pang takde substance, orang pun buat tak kisah.

3. Seorang doktor yang semangat dalam melaksanakan tugas tanpa mementingkan diri sendiri akan hilang minat. Akan mula frust untuk lakukan terbaik.

"Aku buat baik pun kena jatuhkan camni, baik aku biarkan je. Tak payah semangat sangat. Last last, takde siapa kisah."

4. Petugas kesihatan lain pun akan dalam defensive mode. Waris pesakit tidak boleh langsung berada di dalam wad. Tiada tolak ansur. 

CUKUPLAH.
Jangan gelap sangat hati tu sampai segala tidakan orang lain dianggap negatif. Tiada siapa pun di hospital tu mahukan pesakit mati. Petugas hospital semuanya akan bertungkus lumus memberikan yang terbaik untuk para pesakit...walaupun kami dipijak, dihina dan dikeji.

You Might Also Like

21 comments

  1. Saya sangat bersetuju.
    Isteri pernah lahirkan anak di hospital swasta dan GH.
    Suasana yang berbeza. Amat berbeza. Malah saya sanggup kumpul duit untuk beri keselesaan untuk isteri beranak di hospital swasta kerana saya mampu. Namun beliau ingin rasa beranak di GH.
    Saya kagum dengan tahap kesabaran dan kegigihan pasukan kesihatan dihospital. Sama ada diswasta atau GH terutamanya GH. Bagai diperah hingga ke titisan terakhir namun masih lagi menjalankan tugas sebaik yang mungkin.
    Bab rehat dihospital tu mungkin satu cerita dongeng bagi kalangan petugas disana.
    Kalau lah dapat dicipta makanan yg mudah dibawa kemana sahaja. Nasi goreng dalam tiub macam cyclist selalu buat.

    Respect. Salute. Appreciate to all of you.
    Thank you

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang bagus. Semoga kuranglah rakyat Malaysia yang suka menyerlahkan kebodohan sendiri di media sosial.

    ReplyDelete
  3. Anak sulong beranak di hospital, anak ke dua beranak di hospital, anak ketiga meninggal di hospital dan hanya anak ke empat beranak di hospital swasta. Ke tiga² anak yg beranak di hospital awam dijaga dgn baik, begitu juga ibu yg melahirkan. Anak yg meninggal juga telah diberikan rawatan yg amat baik oleh doktor dan petugas. Terima kasih para doktor dan petugas hospital awam tak kira apa bangsa dan agama kalian.

    ReplyDelete
  4. Tu laa nama doctor..bila org awam bg penjelasan kata bodoh...pesakit dlm keritikal...boleh layan wsapp....
    Perlu ka semua itu...bila di aju kan soalan itu....jwp yg kaki ampu...doctor dok check ubat apa...yg boleh search cara2 nak bg ubat tu semua alasan sj...

    ReplyDelete
  5. Ada lg alasan bodoh nak buat rujukan pakar....tapi bila pakar datang doctor tu dgn bodohnya sembunyi hp...hahhaha

    ReplyDelete
  6. Jgn dengar d pihak sebelah doktor sj...semua nak betul...

    ReplyDelete
  7. Sy bukan laa nak salahkan semua doctor....tujuan sy nak bg tau doctor pon manusia ada kelemahan...
    Tak semua doctor pandai2 ada doctor ada sijil sj...tapi tarak akai

    ReplyDelete
  8. Sy bukan laa nak salahkan semua doctor....tujuan sy nak bg tau doctor pon manusia ada kelemahan...
    Tak semua doctor pandai2 ada doctor ada sijil sj...tapi tarak akai

    ReplyDelete
  9. Ada lg alasan bodoh nak buat rujukan pakar....tapi bila pakar datang doctor tu dgn bodohnya sembunyi hp...hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Ferdaus tahu kerja beban kerja seorang doktor macam mana? Saya bukan doktor, cuma orang yang kerja disamping mereka. Orang macam awak takkan pernah faham kerja mereka. Tahu mengeji sahaja.

      Delete
    2. En Ferdaus tahu kerja beban kerja seorang doktor macam mana? Saya bukan doktor, cuma orang yang kerja disamping mereka. Orang macam awak takkan pernah faham kerja mereka. Tahu mengeji sahaja.

      Delete
  10. Tu laa nama doctor..bila org awam bg penjelasan kata bodoh...pesakit dlm keritikal...boleh layan wsapp....
    Perlu ka semua itu...bila di aju kan soalan itu....jwp yg kaki ampu...doctor dok check ubat apa...yg boleh search cara2 nak bg ubat tu semua alasan sj...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pengetahuan encik ferdaus osman, di zaman teknologi moden ini,smartphone Boleh digunakan utk melakukan berbagai-bagai tugas..antaranya aplikasi kalkulator digunakan utk mengira dos ubat mengikut berat badan pesakit, aplikasi wats app digunakan utk menghantar gambar x-ray pesakit ke pakar utk tujuan perbincangan, juga utk doktor2 mengadakan perbincangan Ilmiah dan meminta pendapat dari pakar tentang kaedah rawatan yang terkini dan terbaik utk pesakit mereka, dan BANYAK lagi kegunaanya...Bukan hanya utk sembang2 kosong dan bermain game...sedangkan waktu bertugas nak makan/pergi toilet pun tak sempat, apatah lagi la nk buang masa goyang kaki buat kerja Tak berfaedah di handphone...so please kaji selidik betul2 sblm memberi tuduhan melulu

      Delete
    2. Untuk pengetahuan encik ferdaus osman, di zaman teknologi moden ini,smartphone Boleh digunakan utk melakukan berbagai-bagai tugas..antaranya aplikasi kalkulator digunakan utk mengira dos ubat mengikut berat badan pesakit, aplikasi wats app digunakan utk menghantar gambar x-ray pesakit ke pakar utk tujuan perbincangan, juga utk doktor2 mengadakan perbincangan Ilmiah dan meminta pendapat dari pakar tentang kaedah rawatan yang terkini dan terbaik utk pesakit mereka, dan BANYAK lagi kegunaanya...Bukan hanya utk sembang2 kosong dan bermain game...sedangkan waktu bertugas nak makan/pergi toilet pun tak sempat, apatah lagi la nk buang masa goyang kaki buat kerja Tak berfaedah di handphone...so please kaji selidik betul2 sblm memberi tuduhan melulu

      Delete
  11. Jgn dok letak alasan bodoh laa
    Bukti dah nyata...lg 1 doctor2 jgn rasa pandaj sgt....dgn jwpan bodoh...
    Cari sy d no edit...cerita terbaru kes doktor kaki wsapp

    ReplyDelete
  12. Jgn dok letak alasan bodoh laa
    Bukti dah nyata...lg 1 doctor2 jgn rasa pandaj sgt....dgn jwpan bodoh...
    Cari sy d no edit...cerita terbaru kes doktor kaki wsapp

    ReplyDelete
  13. Terus kan cari sy d laman fb...
    No edit....
    Disana ada jawapan doctor kaki wsapp
    Cerita benar...tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik encik ni bukan doktor..hihi

      Delete
  14. Terus kan cari sy d laman fb...
    No edit....
    Disana ada jawapan doctor kaki wsapp
    Cerita benar...tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, ini macam nak mem"famous"kan diri sendiri je ni,😅. Setiap amal kita di dunia ni, sekecil2 biji sawi Allah akan balas, be it from the doctor's side atau org luar. So tak perlu rasanya nak memburuk2 kan orang..

      Delete
  15. Ferdaus Osman ni esok..dah tersepit masa tu baru dia tahu langit ni tinggii ke rendah...meraung cari doktor.......

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook