Jangan Pakai Share Aje!

9:42 PM

Pada suatu hari, ada seorang makhluk (tak pasti juga la berapa orang sebenarnya sebab Facebook account ada sampai empat hingga lima, profile picture entah gambar siapa entah), telah membuat suatu Facebook Page AGUNG. Facebook page ini dihasilkan untuk menangkis segala maklumat PALSU yang para doktor, saintis dan agamawan yang berkaliber sampai kepada masyarakat umum.


MASYARAKAT JANGAN DITIPU

Admin page ini dianggotai oleh beberapa orang yang PAKAR DALAM SEGALA bidang. 
1. Emas ETA
2. Tok Terlajak Laris
3. Hartanah
4. Perubatan moden
5. Perubatan kuno
6. Perubatan masa depan
7. Agama
8. Marketing pelbagai produk yang boleh merawat penyakit

...tapi bila tengok balik, TIGA hingga EMPAT orang yang jadi admin tu nama macam sama je. Takpelah, mungkin BIN nye lain. Pelanduk lima serupa.

FYI: inilah pelanduk
Hebat juga pakar - pakar ini beri ilmu kepada masyarakat umum. 

Copy - Paste - Run

Entah mana punya rujukan, kasi share dulu. Walaupun tak baca lagi.
Baru - baru ini ada yang mengkantoikan admin tersebut, tapi terus di BLOCK.


Katanya, KAJIAN LANJUT MASIH DIPERLUKAN.
Tapi macam mana lah makhluk ini nak kaji, BACA TROLL ARTIKEL ni pun tak habis. 


Meh saya tolong translate (sila baca dengan nada suara Nobita yang telah dialih suara ke BM)

"Jika anda dah baca sampai tahap ini, saya ada berita yang baik untuk anda. Artikel dan carta ini adalah tipu, sama seperti American Pediatrics Association. Ia dihasilkan oleh seorang dengan bajet $12 sebagai peringatan bagaimana mudahnya untuk memanupilasi infromasi di alam maya."



Saya pun masih tertanya - tanya, mengapa ramai di kalangan masyarakat Malaysia yang masih meng-IDOLA-kan orang sebegini. Terang - terang tak betul. Lepas tu bila ditegur, tiada pula beliau memberi penjelasan.

Takpe la, untuk yang masih waras boleh la like page Masyarakat Kena Tahu (Ori) dan Medical Mythbusters Malaysia


You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook