Bersedirian Di Hospital

3:10 AM

HARI RAYA PERTAMA.

WAD 2A.

“Pakcik dah boleh balik rumah harini. Sempat beraya dirumah tahun ni nampaknya. Nanti saya minta misi untuk hubungi anak pakcik.”


Itulah apa yang telah diberitahu oleh Dr. Ahmad kepada Pak Abu semasa ward round jam 9 pagi tadi. Kini, sudah hampir waktu Isya'. Wad 2A agak lengang. Ramai 'jiran' sebelah katil Pak Abu telah pulang. Jiran yang belum sihat untuk pulang pula ditemani oleh anak perempuan masing - masing. Bekas makanan berisi rendang dan lemang diletakkan di atas meja tepi katil.

Image from Medscape
Pak Abu hanya memandang keluar tingkap. Dilihat berduyun duyun kereta membanjiri bandar kecil ini. Biasanya jalan di depan hospital lengang sahaja. Pak Abu hanya bersendirian. Bersendirian di malam raya. Tanpa ada sanak saudara, mahupun anak sendiri yang menjenguk.
=======================================================

"Hello, ini Samad, Anak Pak Abu ke?" 

Tooot....tooot....tooot....Ada orang yang menjawab seketika, tetapi terus 'CANCEL CALL'.

Staff nurse Ayu cuba menekan nombor yang sama.

"Nombor yang anda dail tiada dalam liputan"

Setiap lima belas minit Ayu cuba memhubungi anak Pak Abu. Tetapi setiap kali cubaan, akan 'engage' atau 'cancelled call'.



Akhirnya, pada jam 5 petang;

"Oh, ini hospital ye? Nombor ni la yang duduk call dari pagi tadi ye. Raya ni takde kerja lain ke?"

"Saya telefon ini untuk beritahu encik, ayah encik dah boleh balik." jawab staff nurse Ayu.

"Saya busy sikit la harini. Dekat luar ni. Saya ambil Hari Raya Ketiga nanti lah"

"Tapi encik.....tooot...toot...toot." belum sempat Ayu memberi penjelasan, Samad telah meletakkan telefon.

===================================================

Kisah Pak Abu dan anaknya ini adalah kisah fiksyen. Walaubagaimanapun, cerita sebegini sering 'ditonton' oleh staf - staf di wad. Setiap kali musim perayaan, tak kira Raya Cina, Raya Aidilfitri dan Deepavali, akan ada segelintir anak - anak DERHAKA yang meninggalkan ibu bapa mereka di hospital. Mereka biarkan ibu bapa mereka terdampar di hospital manakala mereka sendiri berjoli dan beraya sakan.

Sebelum hari perayaan, anak - anak DERHAKA ini akan membawa ibu bapa mereka ke hospital. Konon - konon nya amat prihatin tentang kesihatan ibu bapa.

"Mak saya ni kalau tinggal di rumah nanti takut lagi teruk. Saya takut apa - apa jadi di rumah." 

Ayat standard...

Image from sayadoktor.blogspot.com
Setelah maknya dimasukkan ke wad, langsung tidak nampak batang hidung. Call pun tak diangkat.

Di Hari Raya Aidilfitri ini, cuba kita imbas kembali pengorbanan ibu bapa kita. Satu hari dahulu mereka pernah menemani anda ketika anda demam. Memberi ketenangan kepada anda ketika anda berada di dalam hospital. Ambil masa seketika untuk jaga betul - betul kesihatan mereka. 

Hargai ibu bapa anda sementara mereka masih hidup.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

You Might Also Like

2 comments

  1. Paling common complaint is poor oral intake. Masuk wad ja abih satu tray makan. Mana tak poor oral intake orang tua tuh kalo makan pon hang tak bagi kt rumah.

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook