Ayaq, Ayor, Air...sama saja

8:09 PM

"MOfrust, minum la air tu. Air tu dah dirawat." 

Mak Long mempelawa aku minum dari penapis air barunya.

"Dirawat macam mana tu Mak Long?" pelik juga aku. Kalau ikutkan air paip memang telah dirawat.

"Dirawat la. Boleh rawat kencing manis, darah tinggi dan kanser. Kulit pun jadi cantik. Tengok lampu biru ni. Ada sinaran cahaya UV."



Pelik juga aku dengan adanya alat ajaib sebegini. Dalam hati ku, muncul sedikit kegembiraan;

HOOOORAAYY! Lepas ni tak perlu lihat kes penyakit kronik lagi! Lengang sikit klinik nanti. Boleh lenggang kaki.

"Berapa Ringgit Mak Long beli mesin ni?" aku bertanya.

"RM 6999 je."

WOW! Mahalnya.

Aku pun membelek mesin tersebut.

Tap...tap...macam plastik nipis je. Tak berapa solid pun. Aku belek lagi untuk lihat kehebatan sinar UV yang dipancar.

Oh, macam lampu biru biasa je. Nak tengok duit RM 50 ni ori ke tak pun tak boleh.

Tiba pula the moment of truth. Nak try macam mana rasa air ajaib ni.

Gluk, gluk, gluk...hmmmm. Rasa sama saja. Bukannya ada fungsi penyejuk atau pemanas pun (water heater and water cooler).

Air...Ayaq...Ayor...it's WATER!

Betul ke boleh rawat berpuluh - puluh jenis penyakit.

Aku masih ingat beberapa tahun yang lalu, ketika membuat lawatan ke kampung. Ada seorang makcik berusia 70 tahun menjadi pesakit ku. Dia menghidap kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung (congestive cardiac failure). Kandungan gula nya tidak pernah stabil. Begitu juga tekanan darahnya. Setelah banyak bertanya, rupa - rupanya makcik selalu ke pekan untuk membeli sejenis air penawar. Tak pasti jenis apa. Dia menghentikan segala ubat yang diberi dan bergantung kepada air penawar tersebut.

Kali terakhir aku melihatnya aku terpaksa memanggil ambulans untuk membawanya ke hospital. Kaki nya bengkak. Lungs with bibasal crepts; tanda tanda lebihan air dalam paru - paru. Badannya kekeringan (dehydrated). Blood sugar 30 mmol/L.

Diabetic Kedoacidosis with fluid overload secondary to congestive cardiac failure

Makcik ini betul - betul percayakan Air Ajaib ini. Beratus Rinngit wang dihabiskan. Sedangkan kerajaan memberi perkhidmatan percuma. Bukan itu sahaja, saya dan pasukan saya pergi terus ke kampung membawa segala ubat yang diperlukan. P-E-R-C-U-M-A.

Tiada masalah nak jual penapis air. Kadang - kadang memang ada sedikit bendasing dan kelodak dalam air yang dibekalkan. Tetapi, tak perlu lah menjanjikan benda pelik - pelik. Rawat ini, rawat itu. Sudah la harga mencekik darah. Dibuat pula roadshow di masjid untuk menunjukkan bagaimana iodine yang kuning boleh 'dibersihkan' menjadi jernih. Setelah itu, suruh pula makcik - pakcik buat pinjaman bank untuk membeli produk tersebut.

Alhamdullilah, kini Kementerian Kesihatan telah mengambil perhatian terhadap golongan yang membuat false allegations semata ingin menjual produk.

Rakan seperjuangan saya di Medical Mythbusters Malaysia (M3), Dr Suhazeli ada memberi penerangan yang lebih baik di blog nya bertajuk BERKESAN ATAU TIDAK AIR KAGEN.

Jangan terlalu mempercayai marketers. Yang biasa menjadi mangsa adalah makcik pakcik yang tak berapa tahu perihal sebenar sains. Wang simpanan untuk hari tua, hilang untuk membeli alat - alat sebegini.

Setelah aku habis men-try air tadi dengan kecewanya, aku terus ke ruang tamu rumah Mak Long.

"Ha, dah duduk situ, cuba pakai air filter Mak Long tu. Mak Long beli harga RM 4999."

WHAAAT!!!! Baru minggu lepas tengok di kedai elektronik, jenama Panasonic baru RM 399!

You Might Also Like

3 comments

  1. To admin kindly filter your advertisement in this page. Some of them promoting pseudoscience products.

    ReplyDelete
  2. To admin kindly filter your advertisement in this page. Some of them promoting pseudoscience products.

    ReplyDelete
  3. Kangen water benda paling bangang skali penah aku dengar..Melayu la ni yg byk minum..

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook