Masyarakat Kena Tahu...

8:59 AM



MASYARAKAT KENA TAHU...

MASYARAKAT KENA TAHU...membazir itu amalan syaitan.

MASYARAKAT KENA TAHU...kos perubatan di pusat kesihatan kerajaan di Malaysia adalah hampir percuma.

MASYARAKAT KENA TAHU...dengan hanya RM 1, pesakit boleh mendapat pemeriksaan vital signs (tekanan darah, denyutan nadi, suhu badan dan sebagainya), mendapat konsultasi dengan doktor, menjalanni ujian makmal dan imej (X ray, ultrasound scan dan sebagainya) dan pulang dengan ubat - ubatan. HANYA. SATU. RINGGIT.

MASYARAKAT KENA TAHU...subsidi perubatan yang ditanggung kerajaan adalah dari hasil kutipan cukai rakyat Malaysia. Setiap pembaziran yang berlaku adalah dari duit RAKYAT.

MASYARAKAT KENA TAHU...jika tak mahu makan ubat, boleh pulangkan semula atau tidak perlu ambil terus. Biarlah ia dibekalkan kepada golongan masyarakat yang betul - betul memerlukan dan menghargai perkhidmatan dan ubat yang diberi.

MASYARAKAT KENA TAHU...setiap ubatan yang diberi adalah disebabkan permasalahan tertentu. Jika demam, paracetamol. Jika terbukti ada jangkitan kuman, antibiotik diberi. Ubat tidak diberi sewenag - wenangnya

MASYARAKAT KENA TAHU...setiap zarah yang terdapat dibumi ini adalah BAHAN KIMIA. Air itu bahan kimia; dihydrogen monoxide. Garam yang dimakan adalah bahan kimia; NaCl.

MASYARAKAT KENA TAHU...bila anda sendiri tertipu. Bukan semuanya boleh percaya di alam maya.

MASYARAKAT KENA TAHU...Kementerian Kesihatan Malaysia, bahkan hampir kesemua pusat perubatan tiada ubat berbentuk seperti dalam gambar diatas.


MASYARAKAT KENA TAHU...mamat yang post status ini mungkin Master Troller atau mungkin terlalu 'high' on ganja sehingga ternampak bekas tic tac dibelakang tangannya.



MASYARAKAT KENA TAHU...pilihan di tangan mereka. Anda boleh terus mempercayai gebang kosong yang dibawa oleh individu - individu yang bukan pakar (atau ahli) dalam bidang perubatan, atau mempercayai individu - individu yang ahli dalam bidang tersebut.

MASYARAKAT KENA TAHU...akan wujudnya satu iniatif baru untuk menyangkal segala fahaman yang salah mengenai isu - isu dalam bidang perubatan. Satu pasukan baru akan dibentuk. Ahli nya terdiri daripada para doktor yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang mendalam dalam ilmu perubatan yang diverse.

MASYARAKAT KENA TAHU...tentang kewujudan MEDICAL MYTHBUSTERS MALAYSIA tidak lama lagi.

Tunggu.........

You Might Also Like

0 comments

Follow Me on Facebook