Maafkan Saya Makcik

7:35 AM

MAAFKAN SAYA

"Makcik makan ubat ni berapa kali sehari?" aku tanya kepada seorang pesakit diabetes.

"Kan ada tulis dalam nota tu doktor. Doktor baca lah!" jawab pesakit tadi.

Sudah tiga tahun beliau menghidap diabetes mellitus, tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Bacaan gula tidak pernah kurang dari 12 mmol/L, tekanan darah sentiasa lebih 150/95 mmHg. HbA1C yang menunjukkan kawalan gula dalam darah selama 3 bulan terakhir adalah 11%.

"Saya tahu makcik, tapi saya lihat kawalan kencing manis, tekanan darah dan kolestrol makcik tak terkawal. Dah banyak ubat kita cuba ni."aku jawab dengan lembut.

"Jika makcik makan ubat setiap hari, pasti makcik boleh kenal bentuk ubat dan berapa kali sehari makcik makan. Saya cuma nak pastikan yang makcik betul - betul makan ubat sebelum saya tambah ubat lain."




Aku hanya mahu menilai tahap compliance pesakit ini. Jika ubat yang generik dan first line pun pesakit tak makan, sukar untuk aku justify dengan pakar perubatan untuk menggunakan ubat yang lebih advanced dan mahal. Lagipun, baseline insulin belum di mulakan lagi.

"Macam ni lah doktor, anak pakcik lama dah tunggu di luar tu. Dia ada kerja lepas ni. Doktor tulis saja surat untuk saya ambil ubat lama. Tak payah susah - susah." pesakit menjawab.

At least I tried. Seperti biasa, bila menghadapi pesakit yang sebegini, aku akan ambil sedikit masa lagi untuk menjelaskan kepada pesakit kesan komplikasi tekanan darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal. Aku akhiri dengan;

"Makcik, faham ke apa yang saya terangkan?"

Pesakit mengangguk dan aku terus menulis dalam nota pesakit. Aku ingat pesanan Mr G:

Always document, document, document.



********************************
Selang setahun kemudian, makcik datang semula. Kali ini, dia masuk ke bilik dengan muka muram dan masam. Aku sudah lupakan kes makcik ini. Sudah setahun, sukar untuk ingat setiap pesakit yang aku lihat. Aku approach seperti biasa.

"Apa khabar makcik, ada apa - apa masalah hari ini? Ubat dah makan?"

"Makcik tak nak tengok doktor di sini dah!" tiba - tiba dia menjerit.

"Tengok makcik ni. Selalu jumpa doktor tapi makin teruk keadaan makcik. Kaki pun dah kebas. Mata pun tak nampak. Apa yang awak semua buat?!"

Aku terpinga - pinga. Kenapa pula tiba - tiba mengamuk makcik ni?

Aku semak balik satu persatu muka surat dalam nota pesakit.

RBS: 20 mmol/L --- patient refuse to be admitted

HbA1C; 13% ---- patient refuse for baseline insulin. Advice given x 3.


Referral letter given for fundus camera assessment --- claimed that clinic too far. Refuse to go.

BP: 200/100 mmHg --- refered to A&E. Unable to stabilize BP despite given anti hypertensive.

April 20th: haven't taken medications for one month. Defaulted appointment. Complained of severe headache and epigastric pain. BP 200/100, CBS: 21, urine ketone; 3+.

Aku hanya diam. Dalam keadaan begini, lebih baik bersenyap dan hanya mendengar luahan pesakit. Pesakit dalam fasa denial. Jika aku menberikan hujah sekarang, ia hanya akan memburukkan keadaan. 5 minit aku mendengar pesakit merungut.

"Ubat semua dah makan. Saya selalu jumpa doktor. Memang lagi teruk ada la. Doktor TIDAK PERNAH cakap pasal komplikasi. Doktor semua memang tak guna!"

Memang menusuk kalbu doktor yang mendengar. Tapi adakah benar doktor tak buat apa?

Adakah benar doktor tak menerangkan keadaannya?
...dokumentasi menunjukkan pada setiap lawatan doktor telah terangkan mengenai komplikasi kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Adakah benar ubat - ubatan tak berfungsi?
...jika benar mengambil ubat setiap hari, pasti boleh tahu berapa jenis ubat yang diambil pada sebelah pagi dan sebelah petang.

Adakah doktor benar tak cuba melakukan yang terbaik?
...surat untuk membuat saringan fundus camera telah diberi. Ya, memang pusat saringan agak jauh tetapi bukankah makcik datang dengan Honda City bersama suami? Keputusan darah yang kurang memerangsangkan juga telah ditandakan dengan pen merah dalam buku rekod kecil berwarna hujau.

Adakah segala promosi kesihatan yang dilaksanakan tidak berguna?
...hampir setiap hari terpampang di kaca TV dan surat khabar mengenai bahaya gula berlebihan dan kempen kesedaran penyakit tidak berjangkit (NCD).

MAAFKAN SAYA MAKCIK. Saya tidak tahu apa perlu saya lakukan lagi. Saya hanya boleh merawat makcik dari klinik.

MAAFKAN SAYA. Saya tak dapat datang ke rumah untuk menyuap ubat ke dalam mulut makcik. Saya tak dapat nak sediakan makanan yang rendah lemah, rendah gula dan rendah kalori.

MAAFKAN SAYA. Saya tak dapat membawa makcik ke pusat saringan.

MAAFKAN SAYA. Sepatutnya saya lebih tegas dengan makcik.

Kisah ini bukan merujuk kepada satu - satu individu atau pesakit. Kisah ini adalah berdasarkan beberapa kisah benar yang saya lalui semasa di klinik. Kisah semasa menjalankan tugas di klinik NCD (non communicable disease). Ia bukan fantasi atau cerita dongeng. Ia adalah realiti.
Petugas kesihatan selalu dituduh tidak memberikan yang terbaik kepada pesakit.

Walaubagaimanapun, tugas kami hanya terbatas kepada masa yang diluangkan bersama pesakit, Selebihnya adalah tanggungjawab pesakit sendiri.

"I can show you the door. You're the one that has to walk through it."


You Might Also Like

3 comments

  1. Ada refer patient to DMTAC tak?

    ReplyDelete
  2. I have face it before, sent my health inspector to their house and found all the medication well kept in Milo tin. You can do fundoscopic examination for patient if you are confident to use mydriatic drops. I did it for them at least once a year.

    ReplyDelete
  3. Setan or jin yg menyebabkan darah tinggi n gula tinggi..gi bomoh yg dh bertapa bogel kt hutan seminggu..konfirm baik, kalo x baik jgk maybe bole makan supplement MLM melayu testimoni copy paste..settle

    ReplyDelete

Follow Me on Facebook